English
LAMAN UTAMA MENGENAI DANAJAMIN URUSAN PERNIAGAAN BILIK MEDIA KERJAYA HUBUNGI KAMI

Berita Terkini

Danajamin Nasional Berhad (Danajamin) ialah Insurer Jaminan Kewangan pertama di Malaysia. Kami ditubuhkan pada Mei 2009 sebagai pemangkin untuk merangsang pembangunan pasaran bon/sukuk di Malaysia.

Objektif utama kami ialah untuk menyediakan jaminan kewangan bagi terbitan bon/sukuk syarikat-syarikat Malaysia yang berdaya maju untuk membolehkan mereka mendapat pembiayaan melalui pasaran Sekuriti Hutang Swasta (Private Debt Securities). Dengan RM1 bilion modal diterbitkan dan berbayar serta RM1 billion lagi modal boleh panggil, Danajamin mampu menaja jamin sehingga RM15 bilion bon/sukuk.

Danajamin dimiliki bersama oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (50%) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) (50%) dan telah diberi penarafan AAA oleh RAM Rating Services Bhd (RAM) dan Malaysia Rating Corporation (MARC).

Danajamin dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.