Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin

DIKEMASKINI SEHINGGA 11 FEB 2021

Para Pelanggan dan Rakan Niaga yang Dihargai,

Lanjutan dari pengumuman Kerajaan sempena Belanjawan 2021 pada 6 November 2020 serta pengumuman khas Bantuan Pakej PERMAI pada 18 Januari 2021, berikut disenaraikan penambahbaikan kepada SJPD:

  • Tempoh permohonan SJPD dilanjutkan kepada 31 Disember 2021.
  • Jumlah minima pembiayaan dikurangkan dari RM20 juta ke RM5 juta.
  • Jumlah maksima pembiayaan dinaikkan dari RM500 juta ke RM1 bilion.
  • Skop pembiayaan diperluaskan untuk meliputi perbelanjaan modal dengan tempoh jaminan sehingga 10 tahun.
  • Cagaran/sekuriti diperlukan bagi permohonan pembiayaan melebihi RM50 juta.
  • Syarikat dengan pemilikan tempatan kurang dari 50%+1 yang beroperasi di Malaysia kini layak untuk memohon dengan syarat tidak kurang dari 75% pekerja warga tempatan.
  • RM3.0 bilion diperuntukkan untuk syarikat yang terlibat dalam industri berkemahiran tinggi seperti minyak & gas serta aeroangkasa.

Operasi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Para pelanggan dan rakan niaga yang dihargai,

Dalam menghadapi masa-masa bergolak ini di tengah wabak Covid-19, sokongan dan solidariti tulus kami adalah bersama anda dan semua yang terjejas. Ini adalah masa yang penuh dengan ketidakpastian bagi semua dan memberi kesan kepada hampir setiap aspek kehidupan peribadi dan profesional kita.

Hari ini kami ingin mengemas kini status operasi kami sejajar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 11 Januari 2021 di enam negeri / wilayah di Malaysia – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah serta Pengisytiharan Darurat pada 12 Januari 2021.

Selanjutnya

Kami menyedari keadaan yang sangat dinamik ini dan kami ingin memastikan bahawa kami ada di sini untuk anda dan melakukan semua yang termampu untuk menyokong anda. Oleh itu, prosedur berikut akan dilaksanakan sehingga tamat tempoh PKP:

  1. Kami memberi komitmen penuh untuk menangani kemungkinan kesan kepada pelanggan kami dan akan terus bekerjasama dengan anda secepat mungkin. Premis pejabat kami akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari (kecuali pada hujung minggu dan cuti umum).
  2. Walaupun cara bekerja kami telah berubah, komitmen kami terhadap kerjasama dan penyampaian yang berkualiti kekal sama. Walaupun kami melaksanakan prosedur operasi standard COVID-19 di mana kebanyakan pegawai kami bekerja dari rumah, pejabat kami akan tetap dibuka bagi sebilangan pegawai kami untuk melakukan aktiviti mengikut keperluan. Kami juga masih boleh menerima surat, dokumen dan bungkusan di pejabat kami. Semua pegawai kami boleh dihubungi melalui e-mel dan telefon bimbit mereka.
  3. Dalam tempoh ini, surat-surat biasa boleh di depositkan ke dalam peti surat pejabat kami. Dokumen dan parcel yang dihantar melalui servis penghantaran atau kurier boleh di hantar ke pejabat kami di Tingkat 18 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Anda boleh menghubungi kami terlebih dahulu, sekiranya anda perlu membuat sebarang pengaturan khas.
  4. Kami akan terus bersedia untuk melayani pelanggan kami dari jauh. Pasukan IT kami telah mengambil langkah-langkah proaktif dan kami telah berjaya memastikan bahawa pegawai kami dapat bekerja dan mengatur mesyuarat secara maya dari mana-mana sahaja dengan sempurna. Kami akan sentiasa memastikan pegawai kami dapat diakses dan memberikan respon sepenuhnya.
  5. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi pegawai hubungan anda di Danajamin, sila emelkan maklumat dan butiran anda ke communications@danajamin.com untuk tindakan lanjut.

Adalah menjadi keutamaan bagi kami agar anda terus mendapat tahap sokongan yang sama seperti biasa dan kami yakin bahawa langkah-langkah yang telah kami tetapkan ini akan membantu anda dalam melalui masa-masa yang mencabar ini.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan niaga kami atas sokongan dan dedikasi anda yang berterusan. Mari kita bersama-sama terus cekal dalam mengatasi dan melalui tempoh yang mencabar ini.

Terima kasih dan kami harap anda kekal sihat dan selamat.

Ikhlas dari,

Pengurusan Danajamin

Lebih RM10 billion
Program Bon Dan Sukuk Oleh
43 Syarikat

Dijamin Sehingga Kini

Mainkan Video

Danajamin Nasional Berhad
merupakan sebuah syarikat Insurer Jaminan Kewangan pertama dan satu-satunya di Malaysia.

Kami ditubuhkan pada Mei 2009 sebagai penjamin kewangan dan pemangkin untuk merangsang pembangunan pasaran bon/sukuk di Malaysia. Kami menyediakan Jaminan Kewangan untuk memudahkan syarikat-syarikat Malaysia yang berdaya maju memasuki pasaran Bon Korporat.

Mainkan Video

Siaran Berita & Pengumuman

Danajamin Nasional Berhad (“Danajamin”), the country’s first Financial Guarantee Insurer, continue to reinforce its role as a catalyst by providing access to financing through Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme (“DPGS”).