Green Technology Financing Scheme 3.0

Sejajar dengan pengumuman Kerajaan dalam Belanjawan 2021 pada 6 Nov 2020, Green Technology Financing Scheme 3.0 (GTFS 3.0) telah dilancarkan sebagai sebahagian dari agenda Kerajaan untuk menyokong Sustainable and Responsible Investment (SRI) serta memacu standard hijau dan mampan di Malaysia. Skim GTFS 3.0 kini turut meliputi terbitan Sukuk SRI dan bon hijau.

Kredit gambar: Solarvest

Danajamin akan mentadbir dan mengurus Skim ini yang merangkumi proses permohonan, penilaian kredit, kelulusan dan penolakan permohonan, dan pemantauan pasca terbitan untuk sepanjang tempoh jaminan.

Adakah anda memerlukan dana untuk projek hijau anda?

Danajamin akan menyediakan perlindungan jaminan untuk setiap dana yang diperoleh melalui pasaran modal (Sukuk / bon) atau pembiayaan pinjaman dari institusi kewangan bagi mana-mana projek yang layak di bawah program GTFS 3.0. Model perniagaan dan teknologi yang berkesan perlu disokong dengan bukti bagi memastikan hanya projek yang layak akan dibiayai.

Adakah tujuan pembiayaan anda termasuk dalam kategori yang ditetapkan?

Tenaga

• Tenaga boleh baharu
• Kecekapan tenaga

Bangunan

• Bangunan Hijau
(sila rukuk pada Green Building Index)

Pengangkutan

• Pengangkutan bersih

Sumber Semula Jadi

• Pengurusan air & sisa air yang mampan
• Pemuliharaan terrestrial / akuatik
• Pengurusan sumber semula jadi kehidupan dan penggunaan tanah
• Pencegahan pencemaran

Lain-Lain

• Produk berasaskan eco-efisien / ekonomi kitaran
• Penyesuaian perubahan iklim

Adakah anda layak? Isi borang di bawah