Sertai Danajamin

Warga kerja kami adalah asas kejayaan kami. Kami menyediakan persekitaran yang menarik dan kompetitif serta sentiasa menggalak warga kerja kami untuk terus membina diri, dari sudut peribadi mahupun profesional.

Kami merekrut dan mengekalkan individu yang berkelayakan dan bermotivasi tinggi yang berkembang maju dalam persekitaran yang menggalakkan perkongsian pengetahuan dan semangat berpasukan. Warga kerja kami didorong oleh budaya ‘Outdo Ourselves’ dan empat Nilai Asas kami:

Passion

Segala yang kami lakukan adalah dengan penuh perhatian/penglibatan secara mendalam pada setiap masa. Tugasan kami terhadap pencapaian matlamat Danajamin disumbang dengan penuh bangga dan bertanggungjawab.

Care

Kami berganding bahu untuk memperkasakan satu sama lain dalam persekitaran berprestasi tinggi yang menyokong perkembangan bakat dan komitmen ke arah matlamat bersama.

Clarify

Kami sangat jelas dengan arah tujuan kami, matlamat kami dan tindakan yang perlu diambil ke arah pembinaan kejayaan Danajamin.

Responsibility

Kami bersama-sama bertanggungjawab demi kesejahteraan Danajamin. Kami berkewajipan terhadap tindakan masing-masing dan kami mengamalkan amalan pengurusan risiko yang mantap dalam kerja seharian kami.

Di Danajamin, ganjaran diberi berdasarkan prestasi. Janji kami adalah untuk membantu warga kerja kami mencapai potensi mereka dengan menyediakan pengalaman yang merangsang serta mencabar dan juga melalui program pembangunan khusus untuk setiap individu. Kami memberi peluang kepada warga kerja kami untuk mencabar kebolehan mereka untuk membantu melonjakkan kerjaya mereka.

Falsafah ganjaran-ganjaran kami:

  • Mengiktiraf prestasi individu berdasarkan jangkaan-jangkaan yang dipersetujui
  • Mengiktiraf individu yang menyumbang kepada pembinaan organisasi menjadi lebih kompetitif, cekap dan mampan
  • Mengiktiraf keperluan untuk memberi pelbagai ganjaran bagi prestasi jangka pendek dan jangka panjang
  • Mengukuhkan peranan individu dan kepertanggungjawaban
  • Mengalakkan peluang pembelajaran dan perkembangan yang meluas
  • Memberi ganjaran yang setanding dengan industri perkhidmatan kewangan
  • Menyediakan pakej faedah yang bermakna
  • Mengalakkan pengambilan risiko yang konsisten dengan selera risiko kami
  • Tidak menggalakkan sebarang kelakuan yang menyangkal nilai kami

Kejayaan berterusan Danajamin bergantung kepada komitmen warga kerja kami untuk menerima dan mengamalkan nilai-nilai kami. Ia juga bergantung kepada komitmen syarikat ini untuk menghulurkan program ganjaran keseluruhan yang kompetitif kepada mereka, menyediakan suasana kerja yang kompetitif dalam persekitaran di mana kerja dikongsi bersama, serta peluang perkembangan warga kerja kami diselaraskan dengan perkembangan Danajamin.