Our Operations During the Movement Control Order. 

EcoWorld Malaysia

Success Stories

Diterajui oleh pemain industri hartanah yang dihormati, EcoWorld Development Group Berhad (“EcoWorld Malaysia”) telah ditubuhkan pada tahun 2013.

EcoWorld Malaysia mempunyai lebih dari 8,000 ekar tanah tanah yang merangkumi tanah di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang,dengannilaijualanhartanah sebanyak RM19.8 bilion yang dicapai pada 15 Jun 2020. Walaupun kami bertuah kerana pertumbuhan kami dibiayai oleh bank panel kami, perkembangan pesat memerlukan kami mencari pilihan dana alternatif untuk Eco Botanic Sdn Bhd bagi membiayai Eco Botanic, pembangunan perbandaran campuran kami seluas 325 ekar yang terletak di Iskandar Puteri.

Sungguh pun mengalami penjualan yang kukuh sejak pertama kali dilancarkan, namun sebagai syarikat yang agak baru, Eco Botanic Sdn Bhd tidak mempunyai rekod prestasi untuk memperoleh penarafan. Oleh yang demikian, kami menerokai peluang kerjasama dengan Danajamin pada tahun 2018 bagi mendapatkan jaminan untuk penerbitan nota jangka sederhana tanpa penarafan (“MTN”) oleh Eco Botanic Sdn Bhd, yang membuka laluan kepada kumpulan pelabur yang lebih luas. Hingga kini, dengan sokongan gabungan Danajamin, panel bank dan pemegang saham kami, Eco Botanic telah mencapai penjualan lebih daripada RM 1.9 bilion dengan kira-kira 2,000 hartanah terjual.

Eco World, Dengan sokongan daripada Danajamin kami dapat membiayai sebahagian kos pembangunan dan keperluan modal.

Dengan sokongan daripada Danajamin kami dapat membiayai sebahagian kos pembangunan dan keperluan modal.

Keputusan untuk bekerjasama dengan Danajamin tepat pada masanya kerana peraturan mengenai bon tanpa penarafan baru sahaja dilonggarkan dan bon tanpa penarafan dapat diperdagangkan dan boleh dipindah milik, menjadikan instrumen ini lebih menarik bagi para pelabur.

Pasaran bon juga membolehkan pinjaman kadar tetap merupakan imbangan balas yang baik berbanding kebanyakan pinjaman kadar terapung dari bank. Penerbitan Danajamin Guaranteed MTN bernilai RM120 juta oleh Eco Botanic Sdn Bhd merupakan pencapaian penting kerana ia jelas menunjukkan permintaan untuk bon tanpa penarafan bagi mempelbagaikan lagi pasaran.

Kami diberikan bimbingan sepanjang proses terbitan bersama dengan Penasihat Utama. Jaminan kewangan yang diberikan Danajamin memberikan keyakinan tambahan kepada bakal pelabur, ini meningkatkan peluang para pelabur untuk melanggan.

Selanjutnya, bantuan yang diberikan oleh Danajamin mengenai penetapan harga bon tersebut membolehkan kami mendapat dana dengan kos keseluruhan yang wajar, dan pada masa yang sama masih dapat menawarkan harga kupon kompetitif yang akan menarik pelabur bon untuk memastikan langganan penuh. Sebagai pemaju hartanah muda, Danajamin Guaranteed MTN tentunya membantu mempelbagaikan kumpulan dana kami untuk memacu pertumbuhan syarikat kami.

Sokongan ini membantu kami membiayai sebahagian kos pembangunan dan keperluan modal kerja untuk Eco Botanic. Hubungan yang terjalin sepanjang kerjasama ini juga membolehkan pasukan bekerjasama dengan baik dalam memastikan penerbitan bon tersebut tepat pada masanya.

Hari ini, Eco Botanic adalah sebuah bandar yang meriah dengan infrastruktur dan kemudahan gaya hidup yang sangat baik. Selain menyediakan rumah dan premis perniagaan yang berkualiti bagi kebanyakan pelanggan kami di Iskandar Malaysia, kesan penggandaan ekonomi dari aktiviti pembangunan hartanah kami juga telah memberi kesan positif kepada banyak subsektor ekonomi yang lain.

Back to Success Stories
printerphone-handset