Our Operations During the Movement Control Order. 

Masteel

Success Stories

Ditubuhkan pada tahun 1971, Malaysia Steel Works (KL) Bhd (“Masteel”) adalah pelopor dalam penggunaan teknologi inovatif bagi menghasilkan keluli pembinaan dalam mengurangkan pergantungan Malaysia terhadap keluli import untuk sektor pembinaan dan infrastruktur.

Dengan kapasiti pengeluaran keluli 750,000 juta tan setiap tahun, kegiatan utama Masteel adalah pembuatan dan pemasaran batang besi dan billet keluli utama untuk pasaran domestik dan eksport. Walaupun menjana ratusan juta keuntungan pada tahun-tahun yang baik, sifat kitaran industri yang memerlukan modal segera yang banyak telah mengakibatkan ketidakpadanan antara program pembayaran balik bank dan aliran tunai Syarikat.

 Pengalaman kami dengan Danajamin sangat positif, profesional, dan interaktif.

Pengalaman kami dengan Danajamin sangat positif, profesional, dan interaktif.

Dengan capaian kepada bon Sukuk yang dijamin Danajamin, kemampuan kami untuk menyesuaikan aliran tunai dengan pembayaran hutang telah bertambah baik dan mempelbagaikan sebahagian hutang jangka panjang dari kadar terapung ke kadar tetap yang sekaligus mengurangkan risiko kadar faedah Syarikat. Sepanjang perjalanan sulung kami, Danajamin memberikan bimbingan yang luar biasa dan membantu dalam proses tempahan terbitan sambil memperkenalkan Masteel kepada pelabur-pelabur besar dan stabil.

Danajamin juga telah membimbing dan menasihati kami tentang struktur Sukuk dan Kafalah Jaminan serta mengatur dan menjamin sebahagian besar terbitan instrumen Sukuk. Hasil yang diperoleh oleh terbitan Sukuk digunakan terutamanya untuk membiayai perbelanjaan modal teknologi peleburan baja baru kami dan membayar balik pinjaman berjangka kami. Teknologi peleburan keluli baru ini telah berjaya mengurangkan kos pengeluaran kami, yang membolehkan kami terus berdaya saing dalam industri ini.

Perjalanan kami dengan Danajamin sangat positif, profesional, dan interaktif. Dengan kelebihan teknologi pembuatan keluli baru, syarikat kami akan terus memanfaatkan kejayaan ini untuk meningkatkan bahagian pasaran dan keuntungan kami pada tahun-tahun mendatang.

Back to Success Stories
printerphone-handset