Our Operations During the Movement Control Order. 

MYDIN

Success Stories

Bermula sebagai sebuah kedai kayu yang kecil Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1957, MYDIN telah berkembang dengan mantap untuk tahun-tahun berikutnya.

Kami kini mengendalikan 68 cawangan di seluruh negara yang merangkumi pasar raya besar, emporium, pasar raya, bazar, francais, kedai serbaneka dan pasar raya premium. MYDIN telah mencatat perolehan jualan yang berterusan sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 2018 dan 2019 sambil menantikan pertumbuhan berganda sebanyak RM2.8 bilion pada tahun 2020. Selepas penubuhan pasar raya besar pertama kami di USJ1 Subang Jaya pada tahun 2006, pengembangan pesat MYDIN didorong terutamanya oleh wawasan pasaran dan pengalaman industri kami, serta menjadi kedai kegemaran keluarga dan pembeli pukal.

Transformasi pengembangan dari kedai tradisional ke konsep pasar raya besar dan pasar raya memerlukan modal yang besar. Memperoleh kepercayaan dan memenuhi skor yang ditetapkan oleh bank tempatan telah memberikan cabaran bagi MYDIN dalam mendapatkan pinjaman dan mendapatkan capaian kepada kemudahan pembiayaan. Ini mendorong kami untuk memasuki pasaran bon/Sukuk kerana menawarkan fleksibiliti kewangan yang melengkapkan rancangan perniagaan strategik jangka panjang untuk MYDIN. Danajamin merupakan usaha pertama kami ke pasaran modal, di mana keperluan dan pematuhannya lebih luas daripada pembiayaan bank biasa. Untuk tahun- tahun berikutnya, ia secara berterusan dan konsisten membimbing kami dalam hal pemantauan dan mengekalkan bon/ Sukuk.

Kami tidak akan dapat mengembangkan perniagaan kami tanpa pembiayaan Danajmain Sukuk.

Kami tidak akan dapat mengembangkan perniagaan kami tanpa pembiayaan Sukuk.

Perjalanan sembilan tahun ke pasaran modal bersama Danajamin adalah sangat lancar dan pantas, dengan komunikasi berterusan dan diplomatik dari kedua- dua belah pihak. Sejak itu MYDIN berkembang pesat dari pengumpulan dana pertama kami sebanyak RM 350 juta pada tahun 2011 untuk membina 3 buah pasar raya besar di Seremban, Ulu Tiram dan Johor Bharu.

Kami tidak akan dapat mengembangkan perniagaan pasar raya besar tanpa pembiayaan Sukuk. Sejak itu, MYDIN menjadi rantaian borong dan runcit milik Bumiputera terbesar di Malaysia dengan persepsi jenama positif, seterusnya membawa kepada banyak pengiktirafan dan pencapaian.

Hari ini, MYDIN mempekerjakan kira-kira 7,500 pekerja, yang mana antaranya ialah orang kurang upaya yang merupakan inisiatif ikhlas MYDIN sejak penubuhan syarikat ini sebagai cara untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. MYDIN akan membuka dua pasar raya besar lain di Jengka, Pahang dan Tunjung, Kelantan pada tahun 2020/2021 sebagai rancangan perniagaan kesinambungan untuk meningkatkan bahagian pasaran runcit domestiknya.

Back to Success Stories
printerphone-handset