Danajamin dimiliki bersama oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (50%) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (50%). Bank Negara Malaysia merupakan pemilik majoriti Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad.
Ya, kami telah ditarafkan oleh kedua-dua agensi penarafan Malaysia, RAM Rating Services Berhad dan Malaysian Rating Corporation Berhad, dan telah diberi penarafan kredit tertinggi “AAA”.
No, Danajamin does not provide any financing or credit facilities. Companies are advised to get in touch with their respective Financial Institutions for any financing or credit facilities matters.
Ya, kami menerbitkan penyata kewangan kami dan memaparkan operasi perniagaan berkala yang telah dikemas kini di laman sesawang kami.
Untuk memuat turun salinan penyata kewangan seluruh tahun dan penyata kewangan interim terkini, sila lawati halaman
Keputusan Kewangan.
Ya, kami menerbitkan maklumat penting Bon / Sukuk yang dijamin oleh Danajamin termasuk, antaranya, nama penerbit, tempoh serta tempoh matang Bon / Sukuk di laman sesawang kami. Untuk melihat maklumat ini, sila lawati halaman
Kesan Pasaran.
Modus operandi Danajamin dan penggunaan wang rakyat menghendakkan kami melaksanakan tanggungjawab, kebolehpercayaan dan ketelusan pada tahap yang tinggi. Kami di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Lembaga dan Pengurusan Danajamin sedar akan kepentingan menjalankan Syarikat ini dengan penuh integriti dan dengan itu, telah melaksanakan satu rangka pentadbiran korporat yang teguh. Pertamanya, Danajamin mempunyai Lembaga Pengarah yang teguh dan berpengalaman. Lembaga kami terdiri daripada 6 ahli iaitu 5 pengarah bebas bukan eksekutif, dan 1 pengarah bukan bebas bukan eksekutif daripada pemegang saham kami. Lembaga kami berkelayakan dan berpengalaman luas. Majoritinya adalah dari sektor swasta dan mempunyai kelayakan dan pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan seperti industri perbankan dan kewangan. Ini membolehkan mereka memberi perspektif yang luas dan pelbagai dalam kepimpinan Danajamin dan membolehkan isu penting dianalisis secara bebas dan objektif. Lembaga bertanggungjawab terhadap dasar dan urusan umum Danajamin.
Semua permohonan untuk jaminan kewangan Danajamin perlu disemak dan diluluskan oleh dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penajajaminan Pengurusan dan Jawatankuasa Lembaga Penajajaminan.
Sebagai syarikat milik Kerajaan yang dibiayai oleh wang awam, Danajamin prihatin terhadap tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap pemegang saham kami dan pembayar-pembayar cukai Malaysia. Sehubungan itu, Danajamin komited untuk terus mengusahakan operasinya secara profesional dan telus dengan proses semakan dan imbangan yang teliti.
Danajamin bukan sebuah agensi hayat terhad, sebaliknya bertujuan beroperasi secara berterusan.
Ini sejajar dengan peranan serta objektif jangka panjang Danajamin untuk menjadi pemangkin yang merangsang dan membangunkan Pasaran Modal secara berterusan.