Operasi Kami Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. 

Pengurusan

Mohamed Nazri Omar | Chief Executive Officer

Mohamed Nazri Omar

Ketua Pegawai Eksekutif

Before his appointment as the Managing Director / Chief Executive Officer of Danajamin, Mohamed Nazri Omar was previously a Director, Client Coverage Division of Danajamin since 8 November 2011. Mohamed Nazri’s corporate career has been within the financial industry particularly in the corporate banking and capital markets. He began his career at Citibank Berhad and subsequently served in Macquarie Bank Limited and RHB Investment Bank Berhad (then known as RHB Sakura Merchant Bankers Berhad). Before joining Danajamin, Mohamed Nazri served in several capacities at Kuwait Finance House (M) Bhd (KFH) including Director of Investment Banking and Head of Capital Markets and Advisory. Under these roles, he was responsible for the origination and structuring of Shariah compliant financing transactions as well as advising on project finance structures and transactions. He is also a member of the Investment Panel of Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) since 1 May 2016. Mohamed Nazri was also appointed as Chairman of Prima Ekuiti (UK) Limited effective 28 March 2019 until 31 December 2020, which is a subsidiary of KWAP that is primarily responsible for managing KWAP’s funds invested in UK and Europe.
Qualifications:
  • Bachelor of Arts, Economics (Hons) and Government, Cornell University, USA
  • Chartered Banker, Chartered Banker Institute
Jason Goay | Chief Risk Officer

Jason Goay

Ketua Pegawai Risiko

Jason Goay menyertai Danajamin pada 20 September 2011. Kerjaya Korporat Jason merangkumi pengalaman selama 25 tahun industri kewangan. Beliau memulakan kerjayanya pada 1994, di Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad (kini dikenali sebagai AmInvestment Bank Berhad) selama 5 tahun dan Perwira Affin Merchant Bank Berhad (kini dikenali sebagai Affin Investment Bank Berhad) di mana beliau terlibat dalam pemfaktoran, perbankan korporat dan pasaran modal berfungsi

Sebelum menyertai Danajamin, Jason berkhidmat di HSBC Bank Malaysia Berhad selama 12 tahun dalam pelbagai kapasiti termasuk Pengurusan Risiko di dalam bidang analisis kewangan, pemulihan korporat, risiko kredit perbendaharaan, ujian tekanan dan kelulusan kredit korporat. Jawatan terakhir beliau di HSBC Bank adalah sebagai Pengurus Kanan Risiko Kredit Borong.
Qualifications:
  • Chartered Banker, Chartered Banker Institute
  • Chartered Management Accountant
  • Associate Member (ACMA) of the Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)
Gerald Goh | Director, Client Coverage

Gerald Goh

Pengarah, Liputan Pelanggan

Gerald Goh menyertai Danajamin pada 9 Oktober 2017. Beliau mempunyai pengalaman selama 23 tahun meliputi Perbankan Pelaburan, Perbankan Korporat dan Komersial, Perdagangan Kewangan dan Pemulihan di pelbagai institusi kewangan termasuk HSBC Bank Malaysia Berhad, Hong Leong Bank Berhad dan Danaharta. Sebelum menyertai Danajamin, Gerald berkhidmat di AmInvestment Bank Berhad sebagai salah seorang daripada Ketua Liputan Pelanggan Korporat.
Qualifications:
  • Bachelor of Business (Banking & Finance), Monash University, Australia
  • Bachelor of Business (Management), Monash University, Australia
Wee Yee | Tat Director, Client Solutions

Wee Yee Tat

Pengarah, Pengurusan Pelanggan

Wee Yee Tat menyertai Danajamin pada 18 April 2011. Beliau memulakan kerjanya di Danajamin di pejabat CEO, sebelum dilantik sebagai Pengarah Bersekutu, Bahagian Pengurusan Risiko. Beliau kemudiannya menyertai bahagian Pengurusan Pelanggan di mana beliau kini mengetuai bahagian tersebut.

Pengalaman kerjaya Yee Tat tertumpu di dalam pasaran modal hutang meliputi bidang-bidang seperti risiko kredit, nasihat kewangan dan aktiviti pemerolehan dana. Beliau memulakan kerjayanya sebagai eksekutif di Arab-Malaysian Merchant Bank, dan seterusnya menyertai Rating Agency Malaysia (RAM) di mana beliau memerolehi pengalaman di bidang kredit selama 5 tahun di Bahagian Infrastruktur & Utiliti dan Bahagian Produk Perindustrian. Beliau kemudiannya menyertai sebuah firma penasihat kewangan yang memfokus di dalam nasihat kewangan dan kegiatan pemerolehan dana selama 4 tahun; meliputi projek infrastruktur tempatan dan serantau seperti jalan bertol dan loji jana kuasa.
Qualifications:
  • Bachelor of Business Administration, in Finance, Multimedia University
Joyce Teh | Director, Investment

Joyce Teh

Pengarah, Pelaburan

Joyce Teh menyertai Danajamin pada 24 September 2012 dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Pelaburan. Beliau menyelia fungsi Hubungan Pelaburan dan Pelaburan. Sebelum menyandang jawatan semasanya, Joyce menyandang jawatan Timbalan Pengarah Pelaburan di mana portfolionya turut merangkumi Kewangan dan Pengurusan Modal. <br><br>Joyce telah memulakan kerjayanya sebagai juru audit luaran dengan PricewaterhouseCoopers (PwC) selama 6 tahun, di mana beliau memberikan perkhidmatan audit dan khidmat nasihat kepada pelanggan dalam industri perkhidmatan kewangan. Beliau juga pernah berkhidmat di RHB Bank Berhad sebagai Ketua Laporan dan Pengurusan Berkanun dan sebagai Ketua Kewangan dan Operasi di Kumpulan Kewangan Hong Leong.
Qualifications:
  • Bachelor of Science, Applied Accounting, Oxford Brookes University, UK
  • Masters of Science, Corporate Risk Management with Distinction, University of Salford, Manchester, UK
  • Fellow Member of the Association of Chartered Certified Accountants (FCCA)
Poorani Ramachandran | Director, Finance

Poorani Ramachandran

Pengarah, Kewangan

Poorani Ramachandran menyertai Danajamin pada 4 Januari 2010 sebagai Pengarah Audit Dalaman sebelum menyandang jawatan Pengarah Kewangan pada tahun 2014. Beliau memantau fungsi Kewangan, Pengurusan Modal dan Pelaporan, Teknologi Maklumat dan Pentadbiran.

Poorani memulakan kerjayanya di KPMG Peat Marwick, Singapura sebagai juruaudit luaran. Seterusnya, beliau kembali ke Malaysia dan berkhidmat di Jerneh Asia Berhad.

Sebelum menyertai Danajamin, Poorani adalah Ketua Juruaudit Dalaman ING Insurance Berhad, ING Employee Benefits Berhad dan ING Funds Berhad. Skop tugasnya merangkumi penyeliaan pengurusan dan operasi audit dalaman serta juga menyokong entiti serantau ING lain.
Qualifications:
  • Bachelor of Commerce, in Accounting and Finance (First Class Honours), Lincoln University, New Zealand
  • Masters in Commerce, in Accounting, Lincoln University, New Zealand
  • Fellow Chartered Accountant (FCA), Chartered Accountants, Australia and New Zealand
  • Member of the Malaysian Institute of Accountants (MIA)
  • Certified Internal Auditor (CIA), Certified Risk Management Assessment (CRMA) and Quality Assessment Certifications by the Institute of Internal Auditors (IIA), United States
  • Chartered Banker, Chartered Banker Institute
Kareena Kaur | Deputy Director, Human Capital

Kareena Kaur

Timbalan Pengarah, Modal Insan

Kareena Kaur telah dilantik sebagai Pengarah, Sumber Manusia pada 1 September 2019. Kareena mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan perkhidmatan kewangan meliputi pekerja & perhubungan industri, audit Sumber Manusia, risiko & pematuhan, serta pengurusan prestasi. Kareena berfungsi sebagai penghubung di antara ketua perniagaan dan Sumber Manusia bagi memastikan perkhidmatan sumber manusia sejajar dengan objektif keseluruhan perniagaan.

Sebelum menyertai Danajamin, Kareena merupakan Pengurus Perhubungan Sumber Manusia bagi Bahagian Perbankan Runcit di Hong Leong Bank Berhad, dan pernah berkhidmat bersama CIMB Aviva Berhad, Kuwait Finance House Berhad dan Standard Chartered Bank Berhad. Kareena juga pernah menjadi editor All Malaysian Report yang diterbitkan oleh Sweet & Maxwell Malaysia. Kareena memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of London dan Sijil Amalan Guaman Malaysia. Beliau juga telah dilantik sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.
Qualifications:
  • Bachelor of Laws (Honours), University of London
  • Certificate in Legal Practice, Malaysia
  • Advocate & Solicitor, the High Court of Malaya
Rizwil Ismail | Deputy Director, Corporate Strategy & Communications

Rizwil Ismail

Timbalan Pengarah, Strategi Korporat & Komunikasi

Rizwil Ismail menyertai Danajamin pada 25 Jun 2018 sebagai Timbalan Pengarah Strategi Korporat. Beliau menerajui fungsi Strategi Korporat dan Komunikasi. Rizwil telah memulakan kerjayanya sebagai perunding di PricewaterhouseCoopers (PWC) selama 7 tahun, di mana beliau menyediakan perkhidmatan pemulihan perniagaan kepada para pelanggan merentasi pelbagai industri.

Sebelum menyertai Danajamin, beliau juga pernah berkhidmat di Malayan Banking Berhad sebagai Ketua Strategi & Penjenamaan, Strategi & Transformasi Perbankan Global dan Naib Presiden Perancangan & Strategi Korporat di Cagamas Berhad. Sebelum memegang jawatan semasanya, Rizwil merupakan Naib Presiden Strategi Lokasi & Ketua Model Operasi untuk Perbankan Global dan Pusat Perkhidmatan Perbankan, HSBC.
Qualifications:
  • Bachelor of Law (LLB Honours), University of East Anglia, Norwich, UK
  • Master of Business Administration, Finance, Manchester Business School, University of Manchester, UK
  • Utter Barrister (of Grays Inn), Bar of England and Wales, UK
Junaidah Abdul Rahim | Director, Legal

Junaidah Abdul Rahim

Pengarah, Perundangan

Junaidah Abdul Rahim telah dilantik sebagai Pengarah Perundangan Danajamin pada 4 Disember 2017. Beliau memiliki pengalaman perundangan selama 17 tahun dan telah bertugas di bidang korporat, perundangan sekuriti dan perundangan perbankan serta kewangan, dengan tumpuan khusus terhadap pasaran modal dan urus niaga kewangan korporat. Junaidah juga mempunyai pengalaman luas aspek bidang kewangan Islam dan bidang komersial korporat am yang merangkumi beberapa penyenaraian berprofil tinggi dan pemerolehan dana. Sebelum menyertai Danajamin, Junaidah merupakan rakan kongsi di Tetuan Albar & Partners.
Qualifications:
  • Bachelor of Laws with Honours from Bond University, Australia
  • Postgraduate Diploma in Legal Practice from Bond University, Australia
  • Admitted as Advocate & Solicitor, High Court of Malaya
  • Admitted as Solicitor, Supreme Court of NSW, Australia
Adrian Tay | Director, Enterprise Risk Management & Compliance

Adrian Tay

Pengarah, Pengurusan Risiko Perusahaan & Pematuhan

Adrian Tay menyertai Danajamin pada 12 Januari 2011. Beliau merupakan Pengarah Strategi Korporat yang menguruskan portfolio Strategi Korporat dan Pengurusan Projek sebelum menyandang jawatan semasanya pada April 2017. Beliau juga pernah berkhidmat di dalam Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dan menguruskan portfolio Hubungan Pelabur dan Komunikasi. Sebelum menyertai Danajamin, Adrian berkhidmat di AmInvestment Bank Berhad selama 16 tahun di bahagian perniagaan utamanya iaitu Pasaran Modal Hutang, Kewangan Korporat dan Perbankan Korporat. Beliau memulakan kerjayanya di Perbankan Korporat. Selepas 5 tahun mengumpul pengalaman berkhidmat di bahagian kredit dan hutang, beliau berkhidmat dalam bahagian Kewangan Korporat dan terlibat dalam pemerolehan dana utama (IPO) dan sekunder, penggabungan dan pengambilalihan serta urus niaga penstrukturan semula untuk tempoh 5 tahun seterusnya. Beliau kemudian menyertai Pasaran Modal Hutang di mana beliau berkhidmat selama 6 tahun di dalam bidang khidmat nasihat, penstrukturan dan pelaksanaan penyelesaian pemerolehan dana.
Qualifications:
  • Bachelor of Arts in Business Organisation from Heriot-Watt University, UK
  • Fellow Member of the Association of Chartered Certified Accountants (FCCA)
  • Member of the Malaysian Institute of Accountants (MIA)
  • Chartered Banker, Chartered Banker Institute
  • Enterprise Risk Manager Professional Certification, the Institute of Enterprise Risk Practitioners
  • Certified Compliance & Ethics Professional (International) Certification, the Society of Corporate Compliance & Ethics, United States
John Baptist Jesu Doss | Deputy Director, Credit Risk

John Baptist Jesu Doss

Timbalan Pengarah, Risiko Kredit

John Baptist telah dilantik sebagai Penolong Pengarah, Risiko Kredit pada 6 Januari 2020. Beliau mempunyai pengalaman luas selama 30 tahun dalam perbankan meliputi penilaian kredit dan kelulusan, pengurusan pinjaman rosotnilai, pemasaran dan pentadbiran kredit.

Sebelum menyertai Danajamin, John merupakan Pengurus Kanan Risiko Kredit Borong Bersama HSBC Malaysia Bank Berhad. Beliau juga pernah berkhidmat bersama CIMB Bank Berhad, RHB Bank Berhad, Maybank Discount Berhad, Affin Finance Berhad dan Public Bank Berhad. Tugas utama beliau adalah memantau fungsi risiko kredit, memelihara kualiti portfolio dan memastikan cadangan pengunderaitan adalah di dalam lingkungan Selera Risiko Danajamin.

John memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Southern Queensland, Australia serta Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of London. Beliau juga merupakan Associate, Asian Institute of Chartered Bankers.
Qualifications:
  • Master of Business Administration, University of Southern Queensland, Australia
  • Bachelor of Laws (Honours), University of London
  • Associate, Asian Institute of Chartered Bankers
Raevathi Pathmanathan | Director, Internal Audit

Raevathi Pathmanathan

Pengarah, Audit Dalaman

Raevathi Pathmanathan menyertai Danajamin pada 8 Disember 2014. Beliau mempunyai pengalaman audit dalaman selama 19 tahun. Beliau telah memulakan kerjayanya di dalam Audit Dalaman, Kumpulan AmBank selama 15 tahun merentasi pelbagai bidang pengkhususan terutamanya Perkongsian Perkhidmatan, Perbankan Komersial dan Pematuhan Kawal Selia.

Raevathi juga terlibat secara aktif dalam penyeliaan dan pelaksanaan semakan Pencegahan Pengubahan Wang dan Pembiayaan Keganasan di seluruh Bank untuk tujuan kawal selia.
Qualifications:
  • Bachelor of Arts (Hons) in Management (Finance Major, Economics Minor), University Sains Malaysia, Pulau Pinang
  • Certified Internal Auditor (CIA)
  • Advanced Certification in Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing, Asian Institute of Chartered Bankers
printerphone-handset