Our Operations During the Movement Control Order. 

Choo Yee Kwan

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Choo Yee Kwan dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Danajamin pada 22 Mei 2018. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Risiko. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Lembaga Imbuhan dan Pencalonan, Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengunderaitan dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengunderaitan Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin.

Choo Yee Kwan adalah di antara kumpulan perintis yang dianugerahkan Fellowship Associate oleh Institut Bank Berkanun Asia (“AICB”) (sebelum ini dikenali sebagai Institut Bank-Bank Malaysia) pada tahun 1999. Beliau telah dilantik ke Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (yang ditubuhkan di bawah naungan Bank Negara Malaysia) dari tahun 1999-2001. Beliau juga telah berkhidmat dalam Jawatankuasa Pendidikan AICB selama 14 tahun (2000-2014), dan dilantik semula pada tahun 2016.

Sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam industri perbankan dan pengurusan risiko, Choo Yee Kwan berpengalaman selama 16 tahun sebagai Ketua Pegawai Risiko / Ketua Pegawai Kredit di tiga bank yang berbeza (termasuk kumpulan Maybank dan OCBC Bank Malaysia).

Beliau juga merupakan seorang pegawai bank bertauliah. Choo Yee Kwan telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Etika Pusat Perubatan Universiti Malaya (“UMMC”) selama dua tahun (2014-2015). Beliau kini merupakan Fasilitator Pengajaran di Sekolah Perbankan Asia.

Back to Management
printerphone-handset