Our Operations During the Movement Control Order. 

Datuk Che Mokhtar Bin Che Ali

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Datuk Che Mokhtar Che Ali dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Danajamin pada 23 Ogos 2018. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Imbuhan dan Pencalonan. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengunderaitan, dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Audit.

Beliau adalah Rakan Pengasas Tetuan Che Mokhtar & Ling. Beliau telah berkhidmat sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya sejak tahun 1983 dan merupakan seorang Majistret dan Timbalan Pendakwa Raya yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman sebagai pengamal undang-undang.

Beliau juga telah dilantik sebagai Notari Awam oleh Peguam Negara Malaysia.

Back to Management
printerphone-handset