Our Operations During the Movement Control Order. 

Elakumari Kantilal

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Elakumari Kantilal dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Danajamin pada 23 Ogos 2018. Beliau adalah Pengerusi Lembaga Audit. Ahli Jawatankuasa Lembaga Pelaburan dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Imbuhan dan Pencalonan.

Beliau memulakan kerjayanya di pejabat Akauntan Negara pada tahun 1981 dan telah berkhidmat di beberapa kementerian kerajaan ketika beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam, antaranya termasuk Kementerian Pertanian dan Bahagian Pemantauan Perusahaan Milik Kerajaan di Kementerian Kewangan. Beliau terlibat secara aktif dalam penubuhan Khazanah Nasional Berhad pada tahun 1994 dan kekal sebagai sebahagian daripada teras pasukan pengurusannya sehinggalah beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah Pelaburan pada tahun 2017.

Beliau telah memegang beberapa jawatan eksekutif dan pengarah merentasi sektor pelaburan dan perundingan. Beliau juga sebelum ini pernah menjadi Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif untul Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd, Opus International Consultants Limited, UEM Builders Berhad, TIME Engineering Berhad (kini dikenali sebagai Dagang NeXchange Berhad) dan UEM Edgenta Berhad.

Back to Management
printerphone-handset