Our Operations During the Movement Control Order. 

Faisal Bin Ismail

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Faisal Bin Ismail dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Danajamin pada 25 May 2021. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengunderaitan, Ahli Jawatankuasa Lembaga Imbuhan dan Pencalonan, Ahli Jawatankuasa Lembaga Pelaburan dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Audit.

Pengalaman beliau meliputi pelbagai industri termasuk perhotelan, pelaburan dan pembangunan hartanah, penjagaan kesihatan, pembinaan dan pembaikan kapal, perbankan, tenaga dan pendidikan. Beliau mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman kerja dan berpengalaman luas dalam bidang penggabungan dan pengambilalihan, korporat, kewangan, perancangan cukai, perundingan, transformasi dan sumber manusia.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif J. Morgan Chase Bank Berhad, Pengarah Eksekutif Landmark Berhad, Pengarah Eksekutif BinaFikir Sdn Bhd, Pengarah Bahagian Pelaburan Khazanah Nasional Berhad, dan Pengarah Urusan Kumpulan Pantai Holdings Berhad.

Back to Management
printerphone-handset