Our Operations During the Movement Control Order. 

Imri Dolhadi bin Ab Wahab

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Imri Dolhadi Ab Wahab telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Danajamin Nasional Berhad pada 1 November 2020. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengunderaitan, Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengunderaitan Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin, Ahli Jawatankuasa Lembaga Imbuhan dan Pencalonan dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Risiko.

Beliau telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Kewangan selama 14 tahun. Kini, beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah, Seksyen Pengurusan Hutang dan Risiko, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan. Sebelum pelantikan beliau di dalam bahagian tersebut pada tahun 2017, Imri telah dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian yang sama dari tahun 2014. Beliau memulakan kerjayanya di dalam perkhidmatan awam pada tahun 2003 sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan.

Back to Management
printerphone-handset