Our Operations During the Movement Control Order. 

Rosnah Dato’ Kamarul Zaman

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Rosnah Dato’ Kamarul Zaman telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Danajamin pada 6 Januari 2021. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengunderaitan dan Ahli Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengunderaitan Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Lembaga Risiko.

Beliau mempunyai lebih dari 25 tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan kewangan. Sepanjang kerjayanya, pengalaman beliau merangkumi kepelbagaian aspek perbankan yang meliputi perbankan pengguna, komersial dan korporat serta fungsi-fungsi bukan perbankan dari pelbagai bahagian sokongan perniagaan dan operasi bank.

Rosnah Dato’ Kamarul Zaman memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Pengurusan dengan bank yang dahulunya dikenali sebagai Bank of Commerce pada tahun 1979, dan meninggalkan bank itu pada tahun 2005. Pelantikan terakhirnya di situ adalah sebagai Naib Presiden Eksekutif Kanan, mengetuai Unit Perbankan yang bertanggungjawab untuk perniagaan strategik bagi Perbankan Pengguna, Perbankan Komersial, Perbankan Korporat, Perbendaharaan dan Perbankan Antarabangsa.

Beliau adalah salah seorang pengasas Lembaga Pemegang Amanah Yayasan CIMB pada tahun 2007 dan dilantik sebagai Pengarah Bebas Lembaga Pengarah CIMB Bank Berhad pada tahun 2012, dan juga sebagai Pengarah Bebas CIMB Islamic Bank Berhad pada tahun 2014. Beliau merupakan ahli dalam pelbagai Jawatankuasa Lembaga dan juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Risiko dan Pematuhan serta Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pelaburan. Beliau telah bersara pada 18 Januari 2021, setelah berkhidmat selama sembilan tahun.

Pada tahun 2011, Rosnah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Time Engineering Berhad dan telah menamatkan perkhidmatannya pada tahun 2013.

Back to Management
printerphone-handset