Our Operations During the Movement Control Order. 

Tan Sri Datuk Seri Rashpal Singh Randhay

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Tan Sri Datuk Seri Rashpal Singh Randhay dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Danajamin pada 16 Jun 2021.

Tan Sri Datuk Seri Rashpal mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun – merangkumi syarikat pelaburan, firma pembrokeran saham dan pertukaran saham dan komoditi. Beliau memulakan kerjayanya dengan Citivest International sebagai pedagang korporat sebelum menjadi Ketua Korporat Citivest International, di mana beliau bertanggungjawab terhadap operasi di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Sekembalinya di Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Rashpal berkhidmat sebagai Ketua Perwakilan bagi Asia Tenggara untuk Saitama International Investment Bank.

Beliau telah ditugaskan sebagai Penasihat KPMG dari tahun 2003 hingga 2008 dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu, yang ditugaskan untuk penyusunan semula Bank Pusat Iraq pada November 2003 yang memberi penekanan pada penilaian Dinar Iraq yang baru. Tan Sri Datuk Seri Rashpal juga merupakan Penasihat Khas kepada Tenaga Nasional Berhad dan juga Anggota Lembaga Penasihat Utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari tahun 2009 hingga 2015.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysia (LHDNM) dari tahun 2015 hingga 2021.

Beliau adalah pengasas Kumpulan Syarikat Knight, yang kini beroperasi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dengan mempunyai pejabat perwakilan di India dan United Kingdom.

Back to Management
printerphone-handset