Great Realty Sdn Bhd ditubuhkan oleh Belleview Sdn Bhd sebagai entiti pemilikan penuh khusus bagi membangunkan semula projek hartanah komersial yang terbengkalai di tengah-tengah Alor Setar.
Apa yang dahulunya merupakan sebuah projek terbengkalai sejak sekian lama di negeri ini, yang gagal dihidupkan semula oleh enam pemaju lain, kini merupakan pusat membeli-belah Aman Central; pusat membeli-belah terbesar dan paling berprestij di Kedah yang menarik lebih daripada satu juta pembeli setiap bulan.
Dengan jumlah kos pembangunan sebanyak RM450 juta, kekurangan data pusat membeli-belah di Kedah menjadikannya berada di luar radar pembiaya utama yang ragu-ragu mengenai ukuran projek yang menurut mereka terlalu besar dan tidak mempunyai kemampuan aliran tunai untuk menampung pembayaran semula pelaburan. Oleh kerana kemungkinan untuk bank tidak membiayai projek berisiko tinggi seperti itu semakin jelas, adalah sangat penting bagi Great Realty untuk memasuki pasaran modal untuk mengumpul dana melalui penerbitan Sukuk.
Danajamin memberikan bimbingan bagaimana untuk menstruktur model pembiayaan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang yang akan membolehkan aliran tunai projek bertahan dengan profil pembayaran jangka panjang. Dengan penarafan AAA Danajamin oleh RAM Ratings dan Malaysian Rating Corporation, Terbitan Bon adalah memberangsangkan dan kami menikmati kadar kupon yang baik. Kini pada tahun ke-7, perjalanan kami dengan Danajamin sentiasa dipenuhi dengan kepercayaan dan kami berterima kasih atas semua nasihat dan bimbingan profesional yang diberikan.
Jaminan Danajamin telah mempertingkatkan status Great Realty sebagai sebahagian daripada profil Belleview Group dan mendapatkan dana berskala besar bagi membiayai aset- aset yang memerlukan tempoh pembayaran yang lebih lama serta bagi melaksanakan projek yang berskala besar. Aman Central adalah projek yang merubah keadaan sepenuhnya di Kedah dan merupakan salah satu projek penyelamatan paling berjaya di Malaysia, yang tidak akan terhasil tanpa pengumpulan dana yang dijayakan oleh jaminan dari Danajamin.
Kini diperakui sebagai destinasi pelancongan dan membeli-belah yang mampan untuk Kedah, Aman Central telah membantu mewujudkan ribuan pekerjaan untuk penduduk Kedah. Sedang kami menerokai projek baru, kami akan meneruskan perjalanan ini bersama Danajamin untuk memanfaatkan pasaran modal.