LBS bermula pada tahun 1960 - an ketika Dato’ Seri Lim Bock Seng - seorang usahawan dengan visi dan tekad - telah mengasaskan perniagaan pembinaan yang bermula di Petaling Jaya.
Setelah satu dekad pertumbuhan pesat, LBS telah meletakkan jangkauan yang lebih tinggi lalu menceburkan diridalamsektorpembangunan hartanah pada tahun 1992 di mana ia memulakan projek pertamanya, Taman Perindustrian Ringan Jelapang Maju di Ipoh, Perak. Setelah mengambil alih legasi dari bapa beliau, Tan Sri Lim Hock San telah mengembangkan LBS menjadi salah satu pemain utama dalam pembangunan hartanah di Malaysia.
LBS berkembang maju dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 2002 dengan perkembangan perniagaan ke Zhuhai, Republik Rakyat China. Dalam visi kami untuk menyediakan perumahan ke seluruh negara, kami mempertahankan strategi kami untuk membina perumahan mampu milik yang memenuhi permintaan pasaran, berdasarkan tiga tonggak teras Kemampuan, Kesinambungan dan Komuniti. Ini membolehkan LBS menempa kehadiran yang kuat dan terus berkembang di segmen pasaran umum, tetapi kami memerlukan pembiayaan tambahan untuk menyelesaikan projek. Disinilah kami melihat pasaran Sukuk yang semakin berkembang.
Oleh kerana skim jaminan masih baru di pasaran ketika itu, kami bekerjasama dengan Danajamin yang ditubuhkan pada tahun 2009 untuk memanfaatkan pasaran modal bagi mendukung projek kami. Dengan capaian ke sumber kecairan besar pasaran modal Islam Malaysia, kami dapat mempelbagaikan punca pembiayaan kami, yang menurunkan kos pembiayaan berbanding dengan program pembiayaan konvensional.
Kami beruntung kerana mendapat bimbingan pasukan Danajamin sehinggalah sampai kepada terbitan Sukuk Dijamin Danajamin pertama yang berjaya pada bulan Julai 2010. Hasilnya, LBS berjaya meningkatkan kapasiti pertumbuhannya dengan penerbitan Program Kertas Komersial/ Nota Jangka Sederhana Islamik bernilai RM135 juta (“Program Sukuk”) pada tahun 2019 dan seterusnya, berjaya mencatat penjualan tertinggi sebanyak RM1.63 bilion.
Kejayaan pengumpulan dana ini sangat membantu kemampuan LBS untuk menyelesaikan projek kami dengan cekap dan tepat pada masanya, yang seterusnya memberi banyak faedah kepada pembeli kerana mereka dapat memperoleh pemilikan rumah kosong dengan cepat. Ini sejajar dengan komitmen kami untuk meningkatkan kehidupan masyarakat dengan membina dan menginspirasi ruang yang menyenangkan.