Danajamin komited untuk menjalankan urusan perniagaan secara profesional dan berintegriti.
Danajamin menolak sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan. Seluruh warga kerja Danajamin termasuklah mereka yang bertindak bagi pihak Danajamin adalah dilarang sama sekali menawarkan, meminta atau menerima apa-apa bentuk rasuah, bantuan, sogokan, pembayaran bagi mempercepatkan sebarang proses atau mengambil bahagian, atau membolehkan berlakunya sebarang bentuk penyelewengan.
Danajamin telah melaksanakan sebuah rangka kerja dengan polisi dan prosedur yang terperinci bagi mengekang amalan rasuah dan penyelewengan. Ini termasuklah peraturan yang terpakai bagi pemerolehan barangan dan perkhidmatan serta pemberian dan penerimaan hadiah, hospitaliti, tajaan dan sumbangan.
Sekiranya anda mendapati bahawa polisi tersebut telah dilanggar, atau dalam apa-apa jua cara mengesyaki bahawa polisi tersebut telah dilanggar, anda adalah digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan perkara tersebut kepada
whistleblowing@danajamin.com. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
Polisi dan Prosedur Pemberi Maklumat.