Notis Pengalihan Laman Web
Operasi Kami Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. 

Kenyataan Privasi

Danajamin Menghormati Dan Melindungi Privasi Anda Notis ini dikeluarkan oleh kami selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA 2010”) untuk menjelaskan jenis data peribadi yang kami kumpul, cara kami menggunakan dan memproses data peribadi anda dan bagaimana anda boleh melaksanakan hak anda secara sah berkaitan dengan data peribadi anda yang ada pada kami. PDPA 2010 memberi perlindungan terhadap penyalahgunaan dan pendedahan data peribadi subjek data (seperti diri anda) yang tidak diizinkan oleh pengguna data. Data peribadi anda mungkin telah dikumpulkan, digunakan atau diproses oleh kami kerana anda merupakan:
  • penjamin individu atau bakal penjamin individu untuk obligasi penanggung jaminan kami;
  • pengarah, kakitangan, atau pemegang saham individu bagi, atau individu yang berkaitan dengan obligasi penanggung jaminan kami yang sedia ada atau yang bakal menjadi obligasi penanggung jaminan kami atau pihak pemberi sekuriti yang berkaitan dengan obligasi penanggung jaminan kami;
  • pengarah, kakitangan, atau pemegang saham individu bagi, atau seorang individu yang berkaitan dengan, pemohon yang bersangkutan dengan perkhidmatan penanggung jaminan kami;
  • pengarah, kakitangan, atau pemegang saham individu bagi pihak, atau seorang individu yang berkaitan,vendor atau pembekal perkhidmatan sedia ada atau yang bakal menjadi vendor atau pembekal perkhidmatan kami; dan
  • individu di mana data peribadinya diperlukan atau dikehendaki untuk urusan insuran jaminan kewangan kami, atau telah diberikan kepada kami atau dimaklumkan kepada kami semasa menjalankan urusan kami sebagai syarikat insurans jaminan kewangan.
Sekiranya anda atau sebuah syarikat di mana anda merupakan pengarah, kakitangan,pemegang saham individu atau individu yang berkaitan:
  • mengarahkan atau memohon kepada kami untuk menyediakan insuran jaminan kewangan, atau perkhidmatan yang lain atau dengan apa jua cara, mewakili anda atau syarikat anda; atau
  • dengan apa jua cara, menyediakan atau membekalkan, atau bercadang untuk menyediakan atau membekalkan produk dan perkhidmatan untuk kami,
kami mungkin perlu mengumpul, mencatat, menyimpan, mengguna dan / atau menjalankan sebarang operasi (termasuk menguruskan, merujuk atau mendedahkan) berkenaan dengan data peribadi individu dari dalam atau di luar syarikat anda serta kumpulan syarikat, termasuk pemegang saham, pengarah, pengurus, setiausaha, juruaudit, akauntan, kakitangan, penjamin syarikat atau sesiapa yang berkaitan dengan syarikat anda atau sebaliknya. Semua individu-individu di atas dirujuk sebagai subjek data dalam Notis ini. Dalam sebarang keadaan di mana kami memegang data peribadi anda, hubungan antara anda dengan kami adalah penting bagi kami dan kami akan mengambil semua langkah yang perlu untuk menjamin keselamatan dan melindungi data peribadi anda dan memelihara kerahsiaan, keselamatan dan integriti data peribadi anda yang telah dikumpul, diproses dan disimpan oleh kami. Kami dapat memastikan kerahsiaan, keselamatan dan integriti data peribadi anda kerana kami mengamalkan dan mematuhi kawalan dan perlindungan yang ketat dalam semua tatacara operasi kami dari segi fizikal, elektronik dan prosedur. Tambahan pula, kakitangan kami sangat terlatih dalam aspek pengendalian data peribadi subjek data. Mana-mana pihak ketiga yang mungkin membantu kami dalam memproses data peribadi anda berkelayakan untuk mengendalikannya, terlatih dan dipertanggungjawabkan memegang rahsia untuk kami, di mana mereka diwajibkan untuk melindungi kerahsiaan, keselamatan dan integriti data peribadi anda dengan tegas.
Jenis data peribadi yang dikumpul dan diproses
Kami hanya mengumpul dan memproses data peribadi yang kami percaya adalah relevan dan diperlukan untuk menjalankan urusan kami dengan anda atau syarikat anda. Data sedemikian mungkin merangkumi maklumat peribadi anda yang berkaitan seperti berikut: Nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, foto, alamat e-mel, alamat pos, umur, nombor telefon, nombor telefon mudah-alih, maklumat terperinci dan sejarah pekerjaan termasuk pekerjaan dan pendapatan semasa dan dari majikan yang lepas, butir akaun bank, jantina, kewarganegaraan, nama ahli keluarga dan saudara dan maklumat perhubungan, termasuk maklumat peribadi dan maklumat komunikasi bagi ahli keluarga dan saudara tersebut, kemahiran, penguasaan bahasa, pendidikan, atau kelulusan berkaitan yang lain, kejayaan, keturunan etnik, butir perujuk, pelakuan atau dakwaan pelakuan kesalahan, status pengarah untuk syarikat, pemilikan saham dalam syarikat, aset, penglibatan dalam tindakan undang-undang termasuk maklumat tindakan tersebut, butiran pinjaman dan urusniaga kewangan lain, kemampuan membayar hutang, kedudukan kewangan, pemilikan harta, butiran pendaftaran kereta dan semua maklumat yang berkaitan, sama ada yang penting dan juga sampingan untuk tujuan operasi kami.
Bagaimanakah kami menggunakan data peribadi anda
Kami akan mengunakan data peribadi untuk salah satu atau mana-mana tujuan berikut:
  • menjalankan urusan insuran jaminan kewangan kami;
  • menilai dan memantau kelayakan kredit;
  • mewujudkan hubungan di antara anda dan kami;
  • penguatkuasaan obligasi pihak lain kepada kami dan / atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan kami;
  • memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan;
  • bagi pengurusan risiko;
  • tujuan-tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang atau dengan kebenaran anda;
  • menguatkuasa hak undang-undang kami dan / atau mendapatkan nasihat undang-undang;
  • menyiasat, melaporkan, mencegah atau jikalau tidak, berkaitan dengan pendedahan maklumat rahsia / sulit, penipuan, pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan kegiatan-kegiatan jenayah pada umumnya;
  • membuat pertanyaan atau siasatan sama ada seseorang yang datanya dikumpulkan, dipakai dan / atau diproses oleh kami adalah individu yang disenarai hitamkan, atau sebaliknya adalah berkaitan dengan, atau dikaitkan dengan seseorang atau entiti yang disenarai hitamkan; dan juga untuk melaporkan atau mengambil sebarang tindakan pencegahan atau pemulihan berkaitan dengannya;
  • mendedahkan kepada mana-mana pihak di mana kami mempunyai obligasi untuk membuat pendedahan kepada pihak tersebut di bawah undang-undang, atau di bawah dan untuk tujuan sebarang piawaian atau garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kawal selia atau pihak berkuasa yang lain;
  • mendedahkan kepada pihak-pihak berkenaan yang diizinkan di bawah undang-undang Malaysia; dan
  • semua tujuan lain sama ada secara sampingan atau berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas.
Data peribadi anda boleh disimpan atau ditukarkan ke lokasi dan sistem di dalam atau luar Malaysia namun sentiasa tertakluk kepada kawalan yang setimpal dengan keselamatan maklumat dan untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di sini.
Hak anda untuk mengakses data peribadi anda dengan Danajamin
Di bawah PDPA 2010, anda berhak untuk mengakses data peribadi anda yang disimpan oleh kami dengan pembayaran yuran yang ditetapkan. Untuk berbuat demikian, anda perlu membuat permohonan secara bertulis untuk mengakses, menyemak dan membetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami.
Hak anda untuk memberi atau tidak memberi data peribadi
Anda berhak memilih, pada bila-bila masa, memutuskan untuk memberikan kami data peribadi anda atau membatalkan kebenaran yang diberikan kepada Danajamin bagi memproses data peribadi anda. Jika anda membatalkan kebenaran yang telah diberikan, kami tidak akan memproses data peribadi anda berkaitan sebarang permohonan atau transaksi tanpa kebenaran anda. Walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami perlu memproses data peribadi anda untuk mana-mana tujuan yang telah dipersetujui. Kegagalan memberi data peribadi yang diperlukan, boleh mengakibatkan kami tidak boleh menyediakan perkhidmatan atau kemudahan yang diminta oleh anda.
Pemproses data pihak yang ketiga
Data peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga dalam atau di luar kumpulan Danajaminyang mengumpul, mencatat, memegang, menyimpan atau memproses data peribadi anda bagi pihak kami, dan tidak memproses data peribadi tersebut untuk tujuan mereka yang tersendiri. Pihak ketiga sedemikian termasuk aktuari luaran dan juruaudit luaran.
Pengekalan data peribadi
Semua langkah praktikal juga akan diambil oleh pihak kami untuk memastikan data peribadi anda tidak akan disimpan melebihi keperluan statutori atau tujuan ia dikumpulkan, berdasarkan tempohnya yang lebih lama. Danajaminakan mematuhi semua keperluan statutori dan kawal selia di Malaysia berkaitan dengan pengekalan data peribadi.
Perubahan kepada notis privasi ini
Danajamin berhak menyemak semula dan meminda Notis ini dari masa ke semasa dan akan menempatkan notis pindaan sedemikian di laman web Danajamin di www.danajamin.com ataupun melalui mana-mana kaedah lain yang Danajamin fikirkan sesuai bagi mencerminkan perubahan dalam undang-undang dan amalan perniagaan. Kami menasihatkan anda untuk mendapatkan versi terbaru Notis kami dengan menghubungi kami atau melawat laman web kami bagi memastikan anda mengetahui isi versi terbaru. Seterusnya, dengan menggunakan perkhidmatan kami atau mengabaikan penarikan balik kebenaran anda selepas penyampaian Notis terbaru kami, anda dianggap telah menerima dan mempersetujui pindaan yang terkandung di dalamnya. Notis ini telah dikemaskini pada Februari 2015.
Bagaimana menghubungi kami:
Kami percaya bahawa maklumat dan penjelasan Notis ini telah memberi manfaat kepada anda. Jika anda memerlukan maklumat lanjut, atau ingin membangkitkan sebarang kemusykilan tentang Notis ini, anda boleh e-mel kami di danajamin@danajamin.com atau hubungi kami di: 

Danajamin Nasional Berhad 
Level 18, Menara Allianz Sentral 
203, Jalan Tun Sambanthan 
Kuala Lumpur Sentral 
50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 

Telefon: +603 2265 0800 Ext. 0868 
Faks: +603 2265 0900
Kembali ke Tadbir Urus Korporat
printerphone-handset