Notis Pengalihan Laman Web
Operasi Kami Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. 

Tatakelakuan

Tatakelakuan ini menerangkan tentang nilai dan standard kelakuan yang ditetapkan oleh Danajamin. Tatakelakuan ini bertujuan untuk memelihara dan meningkatkan reputasi, integriti dan kesaksamaan Danajamin demi kepercayaan dan keyakinan berterusan daripada para pemegang taruh. Tatakelakuan ini juga adalah terpakai kepada pengarah dan warga kerja Danajamin serta pembekal, kontraktor, vendor, perunding atau mana-mana pihak ketiga lain yang berurusan dengan Danajamin.

Asas dan nilai tatakelakuan ini terbina atas prinsip Integriti, Profesionalisme, Keprihatinan dan Tanggungjawab. Warga kerja hendaklah pada setiap masa mempamerkan dan menjunjung tahap integriti dan profesionalisme yang tinggi dalam semua urusan pekerjaan selain menunjukkan sikap keprihatinan dan tanggungjawab semasa berurusan dengan warga kerja syarikat mahupun pihak luar.

Sebagai sebuah syarikat, Danajamin menumpukan sepenuh usaha dalam menyediakan dan mengekalkan satu persekitaran pekerjaan yang positif dan selamat serta mengelakkan sebarang risiko timbulnya konflik kepentingan. Danajamin mengambil serius tentang tanggungjawab serta aktiviti pematuhan dan pengurusan risiko selain komited untuk mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kenyataan Polisi Antirasuah dan Antipenyelewengan dan Tatakelakuan Pembekal kami.

Danajamin berharap semua warga kerja dan pihak ketiga yang terlibat peka terhadap sebarang kesalahan, amalan salah atau perlakuan tidak wajar dalam syarikat dan tanpa berlengah melaporkan perkara yang berkenaan kepada Danajamin untuk tindakan segera. Sesiapa yang mempunyai pengetahuan atau maklumat tentang perkara tersebut adalah digalakkan untuk menyalurkan laporan ke whistleblowing@danajamin.com. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Polisi & Prosedur Pemberi Maklumat.
Kembali ke Tadbir Urus Korporat
printerphone-handset