Segmen Pasaran
Di Danajamin, pelanggan kami adalah penerbit dan juga pelabur.
Pelabur adalah pelanggan kami kerana mereka adalah penerima Jaminan Kewangan kami.
Ciri-ciri Utama
Jaminan Kewangan Danajamin
Jaminan Kewangan kami adalah obligasi dari institusi kewangan milik kerajaan yang dinilai taraf AAA kepada pelabur.
Jaminan Kewangan kami tidak bersyarat dan tidak boleh ditarik balik.
Bon / sukuk yang dijamin oleh kami diberi penarafan AAA (fg) oleh RAM Rating Services Bhd / Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).
Kami akan memenuhi obligasi kontrak kami untuk memenuhi tuntutan yang dibuat dalam masa 10 hari bekerja.