Notis Pertukaran Alamat
Operasi Kami Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. 
Skim Jaminan Kerajaan

Green Technology Financing Scheme 3.0

Sejajar dengan pengumuman Kerajaan dalam Belanjawan 2021 pada 6 Nov 2020, Green Technology Financing Scheme 3.0 (GTFS 3.0) telah dilancarkan sebagai sebahagian dari agenda Kerajaan untuk menyokong Sustainable and Responsible Investment (SRI) serta memacu standard hijau dan mampan di Malaysia. Skim GTFS 3.0 kini turut meliputi terbitan Sukuk SRI dan bon hijau.
Mohon sekarang
Solarvest
Kredit gambar: Solarvest
Danajamin akan mentadbir dan mengurus Skim ini yang merangkumi proses permohonan, penilaian kredit, kelulusan dan penolakan permohonan, dan pemantauan pasca terbitan untuk sepanjang tempoh jaminan.

Ciri Produk

Jumlah Pembiayaan

  • Jumlah pembiayaan dari RM10 juta hingga RM500 juta.

Tempoh Pembiayaan

  • Tiada had tempoh pembiayaan minimum atau maksimum.

Perlindungan Jaminan

  • Perlindungan jaminan sehingga 80% atau RM400 juta dan boleh diguna pakai untuk keseluruhan kos pembiayaan projek.

Jenis Pembiayaan

  • Untuk kemudahan pembiayaan pinjaman berjangka dan terbitan Bon / Sukuk.

Yuran Jaminan

  • Dibayar terlebih dahulu setiap tahun.
  • Perlu dibayar oleh Penerbit.

Tempoh Tuntutan

  • Dalam masa 30 hari dari tamat tempoh jaminan.

Bayaran

  • Pembayaran dibuat dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh tuntutan difailkan dengan Danajamin.

Penamatan Awal

  • Danajamin berhak untuk menuntut pembayaran awal (i.e mempercepatkan pembayaran balik kemudahan pembiayaan).
  • Penerima faedah boleh membatalkan jaminan tertakluk kepada memenuhi syarat-syarat tertentu yang akan dipersetujui bersama Danajamin.

Ciri-ciri Utama

Sebagai rujukan, jadual berikut menunjukkan perbandingan di antara ciri utama.
Pembiayaan Teknologi Hijau 3.0 (GTFS 3.0) dengan Pembiayaan Teknologi Hijau 1.0 / 2.0 (GTFS 1.0 / GTFS 2.0) sebelumnya.
GTFS 1.0 / GTFS 2.0 GTFS 3.0
Budget allocation
  • GTFS1.0 - RM3.5B until 2017
  • GTFS2.0 – RM2.0B until 2020
  • RM2.0B until 2022
Type of financing
  • Working capital and term loan granted by Lending Institutions
  • Term loan financing facilities granted by Lending Institutions
  • Bond / Sukuk issuance
Eligibility criteria
  • Legally registered Malaysian companies that have at least 51% Malaysian shareholding
  • Open to all Malaysian companies with green/SRI project financing that contributes towards Malaysia’s sustainable development agenda.
Financing amount
  • Up to RM100M per group of company
  • From RM10M up to RM500M per group of company
  • For < RM10M, to be viewed on a case to case basis
Financing tenure
  • Up to 15 years
  • No cap on minimum/maximum financing tenure
Guarantee coverage
  • 60% Government guarantee administrated by CGC
  • Limited to green technology cost (as certified by MGTC)
  • Up to 80% guarantee coverage or RM400M, whichever is lower
  • Applicable for entire project financing cost
Interest subsidy
  • 2% interest subsidy per annum for first 7 years
  • No interest subsidy
Application method
  • Applicants are to submit application to MGTC for green project certification
  • The successful applicant then proceeds to forward application for financing to any participating financial Institutions
  • Applicants or any participating financing institutions are to submit application to Danajamin
  • Where applicable, Danajamin may require additional certification or impact analysis from independent parties

GTFS 1.0 / GTFS 2.0

Peruntukan belanjawan
  • GTFS1.0 - RM3.5B hingga 2017
  • GTFS2.0 – RM2.0B hingga 2020

  • Jenis Pembiayaan
    • Modal kerja dan pinjaman berjangka yang diberikan oleh institusi pemberi pinjaman

    Kriteria Kelayakan
    • Syarikat Malaysia yang berdaftar secara sah dan mempunyai sekurang-kurangnya 51% pegangan saham warganegara Malaysia

    Jumlah Pembiayaan
    • Sehingga RM100 juta bagi setiap kumpulan syarikat

    Tempoh Pembiayaan
    • Sehingga 15 tahun

    Perlindungan Jaminan
    • 60% jaminan Kerajaan yang ditadbir oleh CGC
    • Terhad kepada kos teknologi hijau (seperti yang disahkan oleh MGTC)

    Subsidi Faedah
    • Subsidi faedah sebanyak 2% setahun untuk 7 tahun pertama

    • Kaedah Permohonan
      • Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan ke MGTC untuk pensijilan projek hijau
      • Pemohon yang berjaya kemudian boleh meneruskan permohonan pembiayaan kepada mana-mana Institusi kewangan yang mengambil bahagian

GTFS 3.0

Peruntukan belanjawan
  • RM2.0B hingga 2022

  • Jenis Pembiayaan
    • Pinjaman berjangka yang diberikan oleh institusi pemberian pinjaman
    • Penerbitan Bon / Sukuk

    • Kriteria Kelayakan
      • Terbuka kepada semua syarikat Malaysia dengan pembiayaan projek hijau / SRI yang menyumbang ke arah agenda pembangunan lestari Malaysia

      Jumlah Pembiayaan
      • Dari RM10j hingga RM500j setiap kumpulan syarikat
      • Pembiayaan

      Tempoh Pembiayaan
      • Tiada had tempoh pembiayaan minimum / maksimum

      Perlindungan Jaminan
      • Perlindungan jaminan sehingga 80% atau RM400 juta, yang mana lebih rendah
      • Boleh digunakan untuk keseluruhan kos pembiayaan projek

      Subsidi Faedah
      • Tiada subsidi faedah

      • Kaedah Permohonan
        • Pemohon atau institusi pembiayaan yang mengambil bahagian boleh mengemukakan permohonan terus kepada Danajamin
        • Sekiranya perlu, Danajamin akan menetapkan keperluan perakuan tambahan atau analisis impak dari pihak bebas

Insentif

Perkongsian ini hanya sekadar untuk makluman sahaja. Kami tidak memproses sebarang permohonan insentif cukai dan ianya mesti dikemukakan terus kepada pihak yang berkenaan. Sila rujuk penasihat / perunding cukai anda untuk mengesahkan maklumat insentif cukai tersebut.

Insentif Teknologi Hijau di bawah MyHIJAU

Sebagai inisiatif untuk menggalakkan pelaburan dalam teknologi hijau, Kerajaan menawarkan Elaun Cukai Pelaburan (GITA) bagi pembelian peralatan / aset teknologi hijau dan Pengecualian Cukai Pendapatan (GITE) bagi penyediaan perkhidmatan teknologi hijau. Insentif ini layak dinikmati di bawah GTFS 1.0, 2.0 dan 3.0.
Nota:
  1. MyHIJAU adalah inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan pemerolehan dan pembelian produk dan perkhidmatan hijau di Malaysia. Program ini telah diluluskan oleh Majlis Teknologi Hijau & Perubahan Iklim (MTHPI) pada 23 Oktober 2012 dan dikendalikan oleh Malaysian Green Technology And Climate Change Centre (MGTC).
  2. Diterima pakai sehingga tahun 2023.
  3. Maklumat lebih terperinci mengenai skop Insentif Cukai Teknologi Hijau.
Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA)
  • 100% perbelanjaan modal ke atas projek teknologi hijau yang layak dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama setelah permohonan diterima oleh MIDA.
  • Elaun tersebut boleh diimbangi dengan 70% pendapatan berkanun pada tahun taksiran.
  • Elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan sehingga diserap sepenuhnya.
  • Diterima pakai untuk syarikat yang:
    1. memperoleh aset teknologi hijau yang layak yang tersenarai di bawah Direktori MyHIJAU untuk kegunaan sendiri; ATAU
    2. melaksanakan projek teknologi hijau yang layak untuk perniagaan atau kegunaan sendiri.

Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (Perkhidmatan Teknologi Hijau)
  • 70% dari pendapatan berkanun bagi perkhidmatan hijau yang layak di mana tempoh insentif adalah selama 3 tahun bermula dari tahun taksiran invois pertama berkaitan perkhidmatan teknologi hijau dikeluarkan.
  • Diterima pakai untuk syarikat penyedia perkhidmatan teknologi hijau yang layak dan tersenarai di bawah Direktori MyHIJAU.

Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE)
  • 70% dari pendapatan berkanun bagi aktiviti pajakan solar untuk jangka masa sehingga 10 tahun taksiran berdasarkan kapasiti:
  • KapasitiTempoh Insentif
    >3MW hingga 10 MW* 5 tahun
    >10MW hingga 30MW*10 tahun

  • Diterima pakai untuk syarikat penyedia perkhidmatan teknologi hijau yang layak dan disahkan oleh SEDA serta tersenarai di bawah Direktori RPVI

Insentif Bon / Sukuk Hijau

Insentif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menggalakkan pembiayaan hijau melalui SRI Sukuk dan Skim Geran Bon. Insentif ini hanya tersedia untuk GTFS 3.0.
Nota:
  1. Diterima pakai untuk penerbitan bon di bawah Piawaian Bon Hijau ASEAN, Piawaian Bon Sosial ASEAN dan Piawaian Bon Kelestarian ASEAN bermula dari 29 Oktober 2020.
  2. Diterima pakai untuk penerbitan Sukuk SRI di bawah Kerangka Kerja Sukuk SRI Suruhanjaya Sekuriti bermula dari 25 Ogos 2020
  3. Maklumat lebih terperinci mengenai Sukuk SRI Awam.
Skim Geran
  • Penerbit yang layak berhak menuntut 90% dari kos sebenar semakan pakar bebas, tertakluk kepada maksimum RM300,000 untuk setiap penerbitan.
  • Penerbit yang layak boleh menuntut Geran berdasarkan terbitan atau program. Sekiranya terdapat lebih daripada satu terbitan yang memerlukan semakan bebas yang berasingan, penerbit boleh menuntut kos semakan yang di tanggung.
  • Tempoh skim geran adalah dari Januari 2021 sehingga geran tersebut digunakan sepenuhnya.

  • Pengecualian Cukai Pendapatan
    • Potongan cukai dikenakan untuk perbelanjaan terbitan semua jenis bon dan sukuk yang mencapai piawai hijau, sosial dan lestari di Malaysia yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sehingga tahun taksiran 2025.

      Syarat: 90% daripada dana terbitan digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembiayaan projek SRI sebagaimana ditentukan dalam Garis Panduan oleh SC.
1

Adakah anda memerlukan dana

untuk projek hijau anda?

Danajamin akan menyediakan perlindungan jaminan untuk setiap dana yang diperoleh melalui pasaran modal (Sukuk / bon) atau pembiayaan pinjaman dari institusi kewangan bagi mana-mana projek yang layak di bawah program GTFS 3.0. Model perniagaan dan teknologi yang berkesan perlu disokong dengan bukti bagi memastikan hanya projek yang layak akan dibiayai.
2

Adakah tujuan pembiayaan anda?

termasuk dalam kategori yang ditetapkan?

GTFS diperkenalkan di Malaysia sebagai usaha untuk menggalakkan sektor industri dengan amalan operasi yang mesra alam, serta menerapkan pendekatan teknologi hijau dalam inovasi mereka. GTFS 3.0 akan terus memacu pertumbuhan teknologi hijau di Malaysia sejajar dengan agenda Kerajaan untuk menyokong Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI).

Berikut adalah bidang tumpuan utama untuk GTFS 3.0:

Tenaga

• Tenaga boleh baharu
• Kecekapan tenaga

Bangunan

• Bangunan Hijau
(sila rukuk pada Green Building Index)

Pengangkutan

• Pengangkutan bersih

Sumber Semula Jadi

• Pengurusan air & sisa air yang mampan
• Pemuliharaan terrestrial / akuatik
• Pengurusan sumber semula jadi kehidupan dan penggunaan tanah
• Pencegahan pencemaran

Lain-Lain

• Produk berasaskan eco-efisien / ekonomi kitaran
• Penyesuaian perubahan iklim
Kerajaan telah merangka pelbagai dasar dan sasaran yang berkaitan untuk menangani perubahan iklim, biodiversiti, serta cabaran persekitaran untuk menyokong Nationally Determined Contribution (NDC).

Tenaga Boleh Diperbaharui

Rancangan Pembangunan Sektor Tenaca
2021-2039
31% jumlah kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2025, pengurangan 45% pelepasan dari sektor tenaga pada tahun 2030 berbanding tahap pada tahun 2005.
energy efficiency

Kecekapan Tenaga

Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara 2016
Penjimatan elektrik sebanyak 52.233 GWh dari 2016 hingga 2025, sejajar dengan penurunan permintaan elektrik sebanyak 8% pada tahun 2025 di sektor kediaman, komersial dan industri.
Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030
Pengurangan penggunaan elektrik 15% menjelang 2030

Pengangkutan

Dasar Automotif Nasional 2020
Mengurangkan pelepasan karbon sejajar dengan Hala Tuju Ekonomi Bahan Api ASEAN 5.3 Lge / 100km menjelang 2025
Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara
40% bahagian pengangkutan awam di kawasan bandar menjelang 2030
Pelan Induk Pembangunan Mobiliti Elektrik Negara 2015 - 2030
100,000 kereta elektrik, 100,000 motosikal elektrik, 125,000 stesen pengecasan, 2000 bas elektrik menjelang 2030

Bangunan

Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030
1,750 bangunan bertaraf hijau pada tahun 2030
recycle trash

Sisa

Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030
Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030

Perkilangan

Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030
Peningkatan bilangan pengeluar hijau kepada 17,000 pada tahun 2030

Perhutanan

Dasar Perhutanan Malaysia
Mengekalkan 50% kawasan untuk liputan hutan
3

Adakah anda layak? Isi borang di bawah

printerphone-handset