Jaminan Kemudahan Pembiayaan (FFG) bertujuan untuk melindungi penerima faedah i.e institusi kewangan dari risiko kerugian kerana keingkaran pembayaran oleh peminjam.
FFG boleh diguna pakai untuk pelbagai jenis kemudahan pembiayaan seperti kemudahan pembiayaan jangka masa pendek dan jangka masa panjang serta kemudahan modal kerja.
Manfaat
Peminjam akan mendapat manfaat daripada capaian pembiayaan yang lebih baik dari institusi kewangan yang berpotensi dengan kos yang berpatutan
Institusi kewangan akan dapat menguruskan kredit dan risiko ingkar pembayaran apabila memberikan pembiayaan kepada bakal peminjam. Pada masa yang sama, FFG berpotensi menjadi alat pengurusan modal untuk institusi kewangan