Notis Pengalihan Laman Web
Operasi Kami Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. 

Jaminan Pelabur (IG)

Jaminan Pelabur (IG) adalah pendekatan jaminan alternatif di mana insurans jaminan kewangan boleh dibeli oleh pelabur dari Danajamin bagi melindungi risiko keingkaran berkaitan bon/Sukuk yang dilindungi di bawah program jaminan pelabur Danajamin (Program IG).

Penerbit yang berminat boleh memohon perlindungan di bawah Program IG. Ini diikuti oleh penilaian pengunderaitan oleh Danajamin, sama seperti pendekatan sedia. Setelah diluluskan, Danajamin akan bersedia untuk menerbitkan IG kepada mana-mana pelabur bon yang dilindungi bergantung kepada pembayaran yuran jaminan.
Investor Guarantee
Yuran jaminan dibayar oleh pelabur bon tersebut. Pelabur boleh menentukan jumlah, tempoh dan jangka masa pembelian IG.

Apabila berlaku keingkaran pembayaran, Danajamin akan membuat pembayaran bagi menebus bon yang dipegang oleh pelabur.

Manfaat

Menggalakkan kepelbagaian penarafan - bon/Sukuk yang diterbitkan secara mandiri berbanding bon yang dijamin di bawah kemudahan FGI
Fleksibiliti untuk pelabur - pelabur diberi peluang untuk menentukan jika perlindungan diperlukan. Jumlah dan tempoh langganan IG juga akan ditentukan oleh pelabur
Business Enquiry

Ciri Produk

Kemudahan yang Dilindungi

  • Bon / Sukuk.

Ciri Jaminan

  • Jaminan kami tidak bersyarat dan tidak boleh ditarik balik.
  • Jaminan meliputi nilai pokok dan pembayaran 1 kupon / faedah.

Jumlah Jaminan

  • Mengikut keperluan Pelabur.

Tempoh

  • Mengikut keperluan Pelabur.

Yuran Jaminan

  • Dibayar terlebih dahulu setiap tahun.
  • Perlu dibayar oleh Penerbit.

Tempoh Tuntutan

  • Dalam masa 30 hari dari tamat tempoh jaminan.

Bayaran

  • Pembayaran dibuat dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh tuntutan difailkan dengan Danajamin.

Pertanyaan Perniagaan

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk jaminan kami, sila isikan borang di bawah:
Guaranteed Products Enquiry
printerphone-handset