Operasi Kami Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. 

Apa yang perlu dilakukan

selepas permohonan anda diluluskan

Documen
Penerimaan Surat Kelulusan
  1. Dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh Surat Kelulusan dari Danajamin, EFI perlu menandatangani dan memulangkan Surat Kelulusan yang ditandatangani kepada Danajamin.

    Note: Jika Surat Kelulusan tdak ditandatangani dan dipulangkan dalam tempoh yang ditetapkan, Kelulusan yang diberi akan luput dan dibatalkan.


  2. Setelah EFI menandatangani Surat Kelulusan, EFI perlu mengirimkan Salinan Asal dan Salinan Softcopy Yang Diimbas seperti berikut:
    • Hard Copy: Surat Kelulusan yang ditandatangani perlu dihantar ke Danajamin untuk perhatian Ketua, Pentadbiran Kredit
    • Softcopy Yang Diimbas: Softcopy Surat Kelulusan yang ditandatangani perlu dikirimkan melalui email ke: djadmin_dpgs@danajamin.com.

    Nota: Setelah EFI menandatangani Surat Kelulusan Danajamin, EFI kemudian perlu menerbitkan Surat Tawaran EFI berkaitan Kemudahan Pembiayaan yang Diluluskan kepada Syarikat Yang Layak.
Sebelum Kemudahan Pembiayaan Yang Diluluskan disediakan kepada Syarikat Yang Layak.
  1. Sekurang-kurangnya dua belas (12) hari bekerja sebelum Kemudahan Pembiayaan Yang Diluluskan disediakan kepada Pelanggan Yang Layak, EFI perlu menyerahkan dokumen lengkap berikut kepada Danajamin:
    • Pengesahan EFI kepada Danajamin (perlu dihantar secara hardcopy kepada Ketua, Pentadbiran Kredit);
    • Sotfcopies yang diimbas bagi semua dokumen pembiayaan yang telah ditandatangani, di setem, dan di mana perlu, salinan yang didaftarkan berkaitan Kemudahan Pembiayaan Yang Diluluskan, termasuk:
      • Surat Tawaran Bank* yang ditandatangani dan Dokumen Pembiayaan* yang diperlukan dibawah Surat Tawaran Bank,
      • Salinan surat dari peguam Bank* yang mengesahkan bahawa semua syarat pembiayaan telah dipenuhi,
      • Salinan legal opinion* dari peguam Bank yang mengesahkan legality, validity dan enforceability Dokumen Pembiayaan*.
    • Softcopies perlu dihantar melalui email kepada: djadmin_dpgs@danajamin.com.

    Nota: EFI perlu memastikan semua syarat pembiayaan dibawah Kemudahan Pembiayaan Yang Diluluskan telah dipenuhi (dan tidak diketepikan) sebelum menghantar pengesahan ini. Semua salinan yang diimbas mestilah jelas dan ‘legible’.
  1. EFI perlu membuat bayaran berikut:
Notis Penggunaan
  1. Tidak kurang dari enam (6) hari bekerja sebelum Kemudahan Pembiayaan Yang Diluluskan disediakan kepada Pelanggan Yang Layak, EFI perlu menhantar Form of Notice of Utilisation secara Hard Copy dan Soft Copy Yang Diimbas seperti berikut:

    Nota: Soft copies yang diimbas perlu jelas dan ‘legible’
Sijil Jaminan
  1. Tidak kurang dari tiga (3) hari bekerja sebelum Kemudahan Pembiayaan Yang Diluluskan disediakan kepada Pelanggan Yang Layak, SJPP akan menerbitkan Guarantee Certificate kepada EFI.

    Nota: SJPP akan hanya menerbitkan Guarantee Certificate setelah mendapat pengesahan dari Danajamin bahawa semua Syarat Minimum Skim Jaminan dan lain-lain syarat dibawah Surat Kelulusan yang ditandatangani telah dipenuhi. Jaminan tersebut akan bermula dari Guarantee Commencement Date seperti yang tertera di dalam Guarantee Certificate.
Nota (*) Merujuk kepada dokumen di dalam Master Agreement.  
Nota Penting: Sekiranya syarat Pembiayaan di bawah Kemudahan Pembiayaan Yang Diluluskan tidak dipenuhi atau dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas tidak diterima oleh Danajamin dan SJPP dan/atau Yuran Jaminan tidak dibayar kepada SJPP dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Surat Tawaran Bank (atau tarikh lain yang mungkin dilanjutkan oleh Danajamin), Danajamin berhak untuk membatalkan Surat Kelulusan sedia ada dimana Surat Kelulusan tersebut tidak lagi boleh digunapakai dan Kemudahan Pembiayaan yang berkaitan juga dianggap terbatal bagi tujuan Penjanjian dan Skim Jaminan ini.

Apakah

Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin

Maklumat Lanjut

Bagaimana untuk memohon

Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin?

Maklumat Lanjut
printerphone-handset