Operasi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Para pelanggan dan rakan niaga yang dihargai,

Dalam menghadapi masa-masa bergolak ini di tengah wabak Covid-19, sokongan dan solidariti tulus kami adalah bersama anda dan semua yang terjejas. Ini adalah masa yang penuh dengan ketidakpastian bagi semua dan memberi kesan kepada hampir setiap aspek kehidupan peribadi dan profesional kita.

Kami ingin memberi maklumat terkini mengenai status operasi kami berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di seluruh Malaysia mulai 28 Mei 2021.

Kami menyedari keadaan yang sangat dinamik ini dan kami ingin memastikan bahawa kami ada di sini untuk anda dan melakukan semua yang termampu untuk menyokong anda. Oleh itu, prosedur berikut akan dilaksanakan sehingga tamat tempoh PKP:

  1. Kami memberi komitmen penuh untuk menangani kemungkinan kesan kepada pelanggan kami dan akan terus bekerjasama dengan anda secepat mungkin. Premis pejabat kami akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari (kecuali pada hujung minggu dan cuti umum).
  2. Walaupun cara bekerja kami telah berubah, komitmen kami terhadap kerjasama dan penyampaian yang berkualiti kekal sama. Walaupun kami melaksanakan prosedur operasi standard COVID-19 di mana kebanyakan pegawai kami bekerja dari rumah, pejabat kami akan tetap dibuka bagi sebilangan pegawai kami untuk melakukan aktiviti mengikut keperluan. Kami juga masih boleh menerima surat, dokumen dan bungkusan di pejabat kami. Semua pegawai kami boleh dihubungi melalui e-mel dan telefon bimbit mereka.
  3. Dalam tempoh ini, surat-surat biasa boleh di depositkan ke dalam peti surat pejabat kami. Dokumen dan parcel yang dihantar melalui servis penghantaran atau kurier boleh di hantar ke pejabat kami di Tingkat 18 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Anda boleh menghubungi kami terlebih dahulu, sekiranya anda perlu membuat sebarang pengaturan khas.
  4. Kami akan terus bersedia untuk melayani pelanggan kami dari jauh. Pasukan IT kami telah mengambil langkah-langkah proaktif dan kami telah berjaya memastikan bahawa pegawai kami dapat bekerja dan mengatur mesyuarat secara maya dari mana-mana sahaja dengan sempurna. Kami akan sentiasa memastikan pegawai kami dapat diakses dan memberikan respon sepenuhnya.
  5. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi pegawai hubungan anda di Danajamin, sila emelkan maklumat dan butiran anda ke communications@danajamin.com untuk tindakan lanjut.

Adalah menjadi keutamaan bagi kami agar anda terus mendapat tahap sokongan yang sama seperti biasa dan kami yakin bahawa langkah-langkah yang telah kami tetapkan ini akan membantu anda dalam melalui masa-masa yang mencabar ini.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan niaga kami atas sokongan dan dedikasi anda yang berterusan. Mari kita bersama-sama terus cekal dalam mengatasi dan melalui tempoh yang mencabar ini.

Terima kasih dan kami harap anda kekal sihat dan selamat.

Ikhlas dari,

Pengurusan Danajamin