Jaminan Kewangan Kami

Di Danajamin, pelanggan kami terdiri daripada penerbit-penerbit bon/sukuk serta pelabur-pelabur yang merupakan benefisiari Jaminan Kewangan kami.

Ciri-ciri Utama Jaminan Kewangan Danajamin

Jaminan Kewangan kami merupakan jaminan oleh institusi kewangan milik kerajaan bertaraf AAA.

  • Jaminan Kewangan kami adalah muktamad dan mutlak.
  • Bon/sukuk yang dijamin oleh kami diberikan penarafan AAA(fg) oleh RAM Rating Services Bhd dan Malaysian Rating Corporation Bhd.
  • Kami akan membuat bayaran untuk sebarang tuntutan dalam tempoh 10 hari kerja.

 

Sebagai penjaga dana awam, kami menguruskan risiko kami dengan penuh teliti. Berpandukan prinsip/amalan perniagaan yang kukuh, matlamat kami adalah untuk mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan pelabur-pelabur terhadap kami.

Perkongsian Risiko

Kami menggalakkan perkongsian risiko dengan bank-bank dalam transaksi kami. Selaras dengan mandat kami, kolaborasi tersebut meningkatkan peluang untuk bank-bank menyertai transaksi Danajamin dan dengan itu memaksimumkan penglibatan sektor swasta. Tambahan lagi, para pelabur juga merasa lebih yakin apabila lebih daripada satu jawatankuasa kredit telah meluluskan sesuatu transaksi.

Pengurusan Risiko

Kami adalah pengurus risiko yang bertanggungjawab yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Kami mematuhi dengan teguh segala peraturan yang ditetapkan oleh semua pihak berkuasa, termasuk had-had kepadatan (concentration limits), sama ada dari sudut transaksi, kumpulan ataupun sektor. Ini adalah untuk memastikan supaya portfolio kami dipelbagaikan pada tahap yang telah ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Sistem pengurusan dan rangka kerja risiko kami juga adalah kukuh dan menepati amalan-amalan terbaik antarabangsa.