Gambaran Keseluruhan

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merupakan sebahagian penting budaya Danajamin; kami percaya bahawa perkembangan syarikat kami mestilah diseimbangi oleh usaha mempertingkatkan masyarakat tempatan.

Kami komited untuk membawa perubahan kepada masyarakat tempatan kami, terutamanya kepada kanak-kanak. Sejurus itu, salah satu dari tumpuan utama kami adalah peningkatan akses kepada pendidikan. Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak layak menerima pendidikan yang berkualiti serta berpeluang mengubah hidupnya.

Pada 2012, Majlis CSR Danajamin yang dianggotai warga kerja kami dan di bawah pimpinan Ketua Pegawai Eksekutif telah ditubuhkan untuk mengformulasi dasar CSR Danajamin dengan pendekatan yang teratur. Majlis CSR bertanggungjawab mempelopori, membentuk dan melaksanakan dasar-dasar serta program-program CSR Danajamin. Penubuhan Majlis CSR adalah untuk memastikan bahawa program-program CSR Danajamin dilaksanakan secara strategik, mampan dan sejajar dengan budaya korporat kami. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada warga kerja kami menentukan hala tuju salah satu dasar syarikat yang penting.

Projek

Projek lampau dan terkini kami: