Mengenai Kami

Danajamin Nasional Berhad merupakan sebuah syarikat Insurer Jaminan Kewangan pertama dan satu-satunya di Malaysia.

Kami ditubuhkan pada Mei 2009 sebagai penjamin kewangan dan pemangkin untuk merangsang pembangunan pasaran bon/sukuk di Malaysia. Kami menyediakan Jaminan Kewangan untuk memudahkan syarikat-syarikat Malaysia yang berdaya maju memasuki pasaran Bon Korporat.

Danajamin dimiliki bersama oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (50%) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) (50%) dan telah diberi penarafan AAA oleh RAM Rating Services Bhd (RAM) dan Malaysia Rating Corporation (MARC). CGC ialah sebuah institusi kewangan yang dimiliki majoriti oleh Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai prestasi perniagaan Danajamin sila lawati bahagian Pelabur kami

Danajamin dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Objektif utama Danajamin adalah untuk:

  • Menyediakan jaminan kewangan bagi membolehkan syarikat yang berdaya maju memasuki pasaran Bon Korporat untuk mendapatkan pembiayaan
  • Memangkinkan pembangunan lanjut pasaran Bok Korporat domestik, sebagai satu sumber pembiayaan alternatif untuk melengkapi industri perbankan
  • Merangsang pembangunan ekonomi dengan meningkatkan kemudahan mendapatkan modal bagi syarikat-syarikat tempatan.

Danajamin memberikan Jaminan Kewangan, iaitu satu bentuk penambahbaikan kredit, bagi bon/sukuk. Dengan jaminan Danajamin, bon/sukuk akan secara automatik dinaik taraf ke AAA, iaitu penarafan tertinggi yang diberikan kepada bon/sukuk. Dengan penarafan yang bertambah baik ini, penerbitan sesuatu bon/sukuk adalah lebih terjamin. Pelabur pula akan mempunyai peluang untuk melabur dalam bon/sukuk yang bertaraf AAA dan yang dijamin oleh Danajamin. Danajamin menjamin bayaran prinsipal dan sehingga satu kupon/keuntungan (di mana berkenaan) bagi pihak penerbit bon/sukuk.