Lembaga Pengarah

Md Yusof Bin Hussin Independent Non-Executive Chairman

Md Yusof Bin Hussin

Pengerusi, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Md Yusof Hussin telah dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Danajamin pada 23 Ogos 2018. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengunderaitan. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Akauntan di Robur Tea Co. Ltd., Australia pada tahun 1974 dan seterusnya menyertai Coopers & Lybrand, Malaysia sebagai Penyelia Audit pada tahun 1975. Beliau menyertai Utama Wardley Merchant Bank sebagai Pengurus Kanan Bahagian Perbankan pada tahun 1978 dan kemudiannya menyertai Kumpulan Harper Gilfillan pada tahun 1982 sebagai Pengarah Pembangunan Korporat dan Kewangan. Pada tahun 1987, beliau menyertai Permodalan Nasional Berhad sebagai Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Korporat sehingga tahun 1992. Beliau kemudiannya menyandang jawatan Pengarah Urusan Island & Peninsular Berhad dari tahun 1993 hingga 1999. Sebelum ini, Md Yusof Hussin pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat korporat terkemuka, di antaranya, Malayan Banking Berhad, UMW Holdings Berhad, TH Plantations Berhad, Iskandar Investment Berhad dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelesaian Hutang Kecil bagi industri kecil dan sederhana dari tahun 2003 hingga 2015.