Pengurusan Danajamin

Mohamed Nazri Omar

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif

Mohamed Nazri Omar telah dilantik sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin pada 1 Mei 2014. Sebelum ini, Nazri menyandang jawatan Pengarah, Client Coverage.

Kerjaya korporat Nazri merangkumi industri kewangan, khususnya dalam perbankan dan pasaran modal korporat. Beliau memulakan kerjaya dengan Citibank Berhad dan kemudian berkhidmat di Bank Macquarie Limited serta RHB Sakura Merchant Bankers Berhad (yang kini dikenali sebagai “RHB Investment Bank Berhad”). Beliau juga telah dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) pada 1 Mei 2016.

Sebelum menyertai Danajamin, Nazri berkhidmat di Kuwait Finance House (M) Bhd, di mana beliau menyandang beberapa jawatan termasuk sebagai Pengarah Perbankan Pelaburan dan Ketua Pasaran Modal dan Khidmat Nasihat. Beliau telah bertanggungjawab dalam perwujudan penstrukturan dan urusniaga pembiayaan yang berlandaskan undang-undang syariah. Beliau juga merupakan salah seorang kakitangan perintis dan terlibat secara langsung dalam penubuhan Bahagian Perbankan Korporat dan Bank Pelaburan Bank di Kuwait Finance House.

Nazri memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam jurusan Ekonomi (Kepujian) dan Kerajaan dari Universiti Cornell, Amerika Syarikat.

Amri Sofian

Ketua Pegawai Korporat & Pelaburan

Amri Sofian menyertai Danajamin pada 15 November 2011 sebagai Pengarah, Kewangan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah, Pengurusan Pelanggan sebelum memegang jawatan kininya sebagai Ketua Pegawai Korporat & Pelaburan. Sebelum menyertai Danajamin, Amri berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan RHB Islamic Bank Berhad. Amri juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden – Ketua Kewangan Perkhidmatan Perkongsian di RHB Bank Berhad. Beliau mendapat pengalaman awal kerjayanya sebagai juruaudit luaran dengan PricewaterhouseCoopers (PwC) di mana beliau bertugas di Jabatan Audit dan Khidmat Nasihat Perniagaan. Sepanjang 10 tahun perkhidmatannya dengan PwC, Amri juga pernah bertugas di PwC London di bawah program pertukaran sementara.

Jason Goay

Ketua Pegawai Risiko

Jason Goay menyertai Danajamin pada 20 September 2011. Kerjaya Korporat Jason merangkumi pengalaman selama 25 tahun industri kewangan. Beliau memulakan kerjayanya pada 1994, di Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad (kini dikenali sebagai AmInvestment Bank Berhad) selama 5 tahun dan Perwira Affin Merchant Bank Berhad (kini dikenali sebagai Affin Investment Bank Berhad) di mana beliau terlibat dalam pemfaktoran, perbankan korporat dan pasaran modal berfungsi. Sebelum menyertai Danajamin, Jason berkhidmat di HSBC Bank Malaysia Berhad selama 12 tahun dalam pelbagai kapasiti termasuk Pengurusan Risiko di dalam bidang analisis kewangan, pemulihan korporat, risiko kredit perbendaharaan, ujian tekanan dan kelulusan kredit korporat. Jawatan terakhir beliau di HSBC Bank adalah sebagai Pengurus Kanan Risiko Kredit Borong.

Gerald Goh

Pengarah, Liputan Pelanggan

Gerald Goh menyertai Danajamin pada 9 Oktober 2017. Beliau mempunyai pengalaman selama 23 tahun meliputi Perbankan Pelaburan, Perbankan Korporat dan Komersial, Perdagangan Kewangan dan Pemulihan di pelbagai institusi kewangan termasuk HSBC Bank Malaysia Berhad, Hong Leong Bank Berhad dan Danaharta. Sebelum menyertai Danajamin, Gerald berkhidmat di AmInvestment Bank Berhad sebagai salah seorang daripada Ketua Liputan Pelanggan Korporat.

Wee Yee Tat

Pengarah, Pengurusan Pelanggan

Wee Yee Tat menyertai Danajamin pada 18 April 2011. Beliau memulakan kerjanya di Danajamin di pejabat CEO, sebelum dilantik sebagai Pengarah Bersekutu, Bahagian Pengurusan Risiko. Beliau kemudiannya menyertai bahagian Pengurusan Pelanggan di mana beliau kini mengetuai bahagian tersebut. Pengalaman kerjaya Yee Tat tertumpu di dalam pasaran modal hutang meliputi bidang-bidang seperti risiko kredit, nasihat kewangan dan aktiviti pemerolehan dana. Beliau memulakan kerjayanya sebagai eksekutif di Arab-Malaysian Merchant Bank, dan seterusnya menyertai Rating Agency Malaysia (RAM) di mana beliau memerolehi pengalaman di bidang kredit selama 5 tahun di Bahagian Infrastruktur & Utiliti dan Bahagian Produk Perindustrian. Beliau kemudiannya menyertai sebuah firma penasihat kewangan yang memfokus di dalam nasihat kewangan dan kegiatan pemerolehan dana selama 4 tahun; meliputi projek infrastruktur tempatan dan serantau seperti jalan bertol dan loji jana kuasa.

Joyce Teh

Pengarah, Pelaburan

Joyce Teh menyertai Danajamin pada 24 September 2012 dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Pelaburan. Beliau menyelia fungsi Hubungan Pelaburan dan Pelaburan. Sebelum menyandang jawatan semasanya, Joyce menyandang jawatan Timbalan Pengarah Pelaburan di mana portfolionya turut merangkumi Kewangan dan Pengurusan Modal. Joyce telah memulakan kerjayanya s e b a g a i j u r u a u d i t l u a r a n d e n g a n PricewaterhouseCoopers (PwC) selama 6 tahun, di mana beliau memberikan perkhidmatan audit dan khidmat nasihat kepada pelanggan dalam industri perkhidmatan kewangan. Beliau juga pernah berkhidmat di RHB Bank Berhad sebagai Ketua Laporan dan Pengurusan Berkanun dan sebagai Ketua Kewangan dan Operasi di Kumpulan Kewangan Hong Leong.

Poorani Ramachandran

Pengarah, Kewangan

Poorani Ramachandran menyertai Danajamin pada 4 Januari 2010 sebagai Pengarah Audit Dalaman sebelum menyandang jawatan Pengarah Kewangan pada tahun 2014. Beliau memantau fungsi Kewangan, Pengurusan Modal dan Pelaporan, Teknologi Maklumat dan Pentadbiran. Poorani memulakan kerjayanya di KPMG Peat Marwick, Singapura sebagai juruaudit luaran. Seterusnya, beliau kembali ke Malaysia dan berkhidmat di Jerneh Asia Berhad. Sebelum menyertai Danajamin, Poorani adalah Ketua Juruaudit Dalaman ING Insurance Berhad, ING Employee Benefits Berhad dan ING Funds Berhad. Skop tugasnya merangkumi penyeliaan pengurusan dan operasi audit dalaman serta juga menyokong entiti serantau ING lain.

Rizwil Ismail

Timbalan Pengarah, Strategi Korporat & Komunikasi

Rizwil Ismail menyertai Danajamin pada 25 Jun 2018 sebagai Timbalan Pengarah Strategi Korporat. Beliau menerajui fungsi Strategi Korporat dan Komunikasi. Rizwil telah memulakan kerjayanya sebagai perunding di PricewaterhouseCoopers (PWC) selama 7 tahun, di mana beliau menyediakan perkhidmatan pemulihan perniagaan kepada para pelanggan merentasi pelbagai industri. Sebelum menyertai Danajamin, beliau juga pernah berkhidmat di Malayan Banking Berhad sebagai Ketua Strategi & Penjenamaan, Strategi & Transformasi Perbankan Global dan Naib Presiden Perancangan & Strategi Korporat di Cagamas Berhad. Sebelum memegang jawatan semasanya, Rizwil merupakan Naib Presiden Strategi Lokasi & Ketua Model Operasi untuk Perbankan Global dan Pusat Perkhidmatan Perbankan, HSBC.

Junaidah Abdul Rahim

Pengarah, Perundangan

Junaidah Abdul Rahim telah dilantik sebagai Pengarah Perundangan Danajamin pada 4 Disember 2017. Beliau memiliki pengalaman perundangan selama 17 tahun dan telah bertugas di bidang korporat, perundangan sekuriti dan perundangan perbankan serta kewangan, dengan tumpuan khusus terhadap pasaran modal dan urus niaga kewangan korporat. Junaidah juga mempunyai pengalaman luas aspek bidang kewangan Islam dan bidang komersial korporat am yang merangkumi beberapa penyenaraian berprofil tinggi dan pemerolehan dana. Sebelum menyertai Danajamin, Junaidah merupakan rakan kongsi di Tetuan Albar & Partners.

Adrian Tay

Pengarah, Pengurusan Risiko Perusahaan & Pematuhan

AAdrian Tay menyertai Danajamin pada 12 Januari 2011. Beliau merupakan Pengarah Strategi Korporat yang menguruskan portfolio Strategi Korporat dan Pengurusan Projek sebelum menyandang jawatan semasanya pada April 2017. Beliau juga pernah berkhidmat di dalam Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dan menguruskan portfolio Hubungan Pelabur dan Komunikasi. Sebelum menyertai Danajamin, Adrian berkhidmat di AmInvestment Bank Berhad selama 16 tahun di bahagian perniagaan utamanya iaitu Pasaran Modal Hutang, Kewangan Korporat dan Perbankan Korporat. Beliau memulakan kerjayanya di Perbankan Korporat. Selepas 5 tahun mengumpul pengalaman berkhidmat di bahagian kredit dan hutang, beliau berkhidmat dalam bahagian Kewangan Korporat dan terlibat dalam pemerolehan dana utama (IPO) dan sekunder, penggabungan dan pengambilalihan serta urus niaga penstrukturan semula untuk tempoh 5 tahun seterusnya. Beliau kemudian menyertai Pasaran Modal Hutang di mana beliau berkhidmat selama 6 tahun di dalam bidang khidmat nasihat, penstrukturan dan pelaksanaan penyelesaian pemerolehan dana.

Raevathi Pathmanathan

Pengarah, Audit Dalaman

Raevathi Pathmanathan menyertai Danajamin pada 8 Disember 2014. Beliau mempunyai pengalaman audit dalaman selama 19 tahun. Beliau telah memulakan kerjayanya di dalam Audit Dalaman, Kumpulan AmBank selama 15 tahun merentasi pelbagai bidang pengkhususan terutamanya Perkongsian Perkhidmatan, Perbankan Komersial dan Pematuhan Kawal Selia. Raevathi juga terlibat secara aktif dalam penyeliaan dan pelaksanaan semakan Pencegahan Pengubahan Wang dan Pembiayaan Keganasan di seluruh Bank untuk tujuan kawal selia.

Kareena Kaur

Timbalan Pengarah, Modal Insan

Kareena Kaur telah dilantik sebagai Pengarah, Sumber Manusia pada 1 September 2019. Kareena mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan perkhidmatan kewangan meliputi pekerja & perhubungan industri, audit Sumber Manusia, risiko & pematuhan, serta pengurusan prestasi. Kareena berfungsi sebagai penghubung di antara ketua perniagaan dan Sumber Manusia bagi memastikan perkhidmatan sumber manusia sejajar dengan objektif keseluruhan perniagaan.

Sebelum menyertai Danajamin, Kareena merupakan Pengurus Perhubungan Sumber Manusia bagi Bahagian Perbankan Runcit di Hong Leong Bank Berhad, dan pernah berkhidmat bersama CIMB Aviva Berhad, Kuwait Finance House Berhad dan Standard Chartered Bank Berhad. Kareena juga pernah menjadi editor All Malaysian Report yang diterbitkan oleh Sweet & Maxwell Malaysia.

Kareena memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of London dan Sijil Amalan Guaman Malaysia. Beliau juga telah dilantik sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.

John Baptist Jesu Doss

Timbalan Pengarah, Risiko Kredit

John Baptist telah dilantik sebagai Penolong Pengarah, Risiko Kredit pada 6 Januari 2020. Beliau mempunyai pengalaman luas selama 30 tahun dalam perbankan meliputi penilaian kredit dan kelulusan, pengurusan pinjaman rosotnilai, pemasaran dan pentadbiran kredit.

Sebelum menyertai Danajamin, John merupakan Pengurus Kanan Risiko Kredit Borong Bersama HSBC Malaysia Bank Berhad. Beliau juga pernah berkhidmat bersama CIMB Bank Berhad, RHB Bank Berhad, Maybank Discount Berhad, Affin Finance Berhad dan Public Bank Berhad. Tugas utama beliau adalah memantau fungsi risiko kredit, memelihara kualiti portfolio dan memastikan cadangan pengunderaitan adalah di dalam lingkungan Selera Risiko Danajamin.

John memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Southern Queensland, Australia serta Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of London. Beliau juga merupakan Associate, Asian Institute of Chartered Bankers.