Mengenai Danajamin

Siapakah pemilik Danajamin?

Danajamin dimiliki bersama oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (50%) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (50%). Bank Negara Malaysia merupakan pemilik majoriti Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad.

Adakah Danjamin mempunyai penarafan kredit?

Ya, kami telah ditarafkan oleh kedua-dua agensi penarafan Malaysia, RAM Rating Services Berhad dan Malaysian Rating Corporation Berhad, dan telah diberi penarafan kredit tertinggi “AAA”.

Adakah Danajamin menerbitkan penyata kewangannya dan menyediakan informasi terkini tentang operasi perniagaannya?

Ya, kami menerbitkan penyata kewangan kami dan memaparkan operasi perniagaan berkala yang telah dikemas kini di laman sesawang kami.

Untuk memuat turun salinan penyata kewangan seluruh tahun dan penyata kewangan interim terkini, sila lawati halaman Kewangan page.

Adakah Danajamin menerbitkan maklumat bon/sukuk berserta nama penerbit bon/sukuk tersebut?

Ya, kami menerbitkan maklumat penting bon/sukuk yang dijamin oleh Danajamin termasuk, antaranya, nama penerbit, tempoh serta tempoh matang bon/sukuk di laman sesawang kami. Untuk melihat maklumat ini, sila lawati halaman Pelanggan/Terbitan Bon.

Bagaimanakah Danajamin memastikan bahawa dana awam yang disediakan untuk operasi Syarikat diselenggarakan dengan betul?

Modus operandi Danajamin dan penggunaan wang rakyat menghendakkan kami melaksanakan tanggungjawab, kebolehpercayaan dan ketelusan pada tahap yang tinggi. Kami di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Lembaga dan Pengurusan Danajamin sedar akan kepentingan menjalankan Syarikat ini dengan penuh integriti dan dengan itu, telah melaksanakan satu rangka pentadbiran korporat yang teguh. Pertamanya, Danajamin mempunyai Lembaga Pengarah yang teguh dan berpengalaman. Lembaga kami terdiri daripada 9 ahli iaitu 6 pengarah bukan eksekutif bebas, 1 pengarah eksekutif (CEO), dan wakil-wakil bukan eksekutif untuk setiap pemegang saham kami. Lembaga kami berkelayakan dan berpengalaman luas. Majoritinya adalah dari sektor swasta dan mempunyai kelayakan dan pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan seperti industri perbankan dan kewangan. Ini membolehkan mereka memberi perspektif yang luas dan pelbagai dalam kepimpinan Danajamin dan membolehkan isu penting dianalisis secara bebas dan objektif. Lembaga bertanggungjawab terhadap dasar dan urusan umum Danajamin.

Semua permohonan untuk jaminan kewangan Danajamin perlu disemak dan diluluskan oleh dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penajajaminan Pengurusan dan Jawatankuasa Lembaga Penajajaminan.

Sebagai syarikat milik Kerajaan yang dibiayai oleh wang awam, Danajamin prihatin terhadap tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap pemegang saham kami dan pembayar-pembayar cukai Malaysia. Sehubungan itu, Danajamin komited untuk terus mengusahakan operasinya secara profesional dan telus dengan proses semakan dan imbangan yang teliti.

Adakah Danajamin suatu agensi hayat terhad?

Danajamin bukan sebuah agensi hayat terhad, sebaliknya bertujuan beroperasi secara berterusan.

Ini sejajar dengan peranan serta objektif jangka panjang Danajamin untuk menjadi pemangkin yang merangsang dan membangunkan Pasaran Modal secara berterusan.