Mengenai Urusniaga Kami

Siapakah yang layak memohon untuk Jaminan Kewangan Danajamin?

Semua syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang ingin menerbit bon/sukuk boleh memohon kepada Danajamin.

Terbitan bon/sukuk yang layak untuk mendapat jaminan kewangan Danajamin mesti diterbitkan oleh syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan bon/sukuk tersebut perlu diterbit dalam Ringgit Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Client Coverage.

Untuk permohonan Jaminan Kewangan, apakah maklumat/dokumen yang diperlukan oleh Danajamin?

Maklumat serta dokumen-dokumen seperti butiran tentang pengumpulan dana termasuk tujuan, aplikasi & kemampuan pembayaran semula, akaun audit tahunan, profil pemegang saham dan pemilik saham/struktur korporat perlu disertai dalam permohonan. Maklumat/dokumen tersebut akan membantu Danajamin menilai sesuatu permohonan dan memahami dasar urusniaga tersebut dengan lebih terperinci.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Client Coverage.

Perlukah sesebuah syarikat yang memohon Jaminan Kewangan Danajamin mendapatkan khidmat Penasihat untuk membantu dalam urusan penerbitan bon/sukuk?

Ya. Mengikuti Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007, penerbit memerlukan penasihat utama (principal adviser) untuk membantu dalam proses penerbitan bon/sukuk. Penasihat utama akan membuat permohonan kepada pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Suruhanjaya Sekuriti. Lazimnya, penasihat utama ini merupakan institusi kewangan berlesen yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Apakah jenis transaksi yang boleh dijamin oleh Danajamin?

Secara umumnya, Danajamin boleh menjamin sebahagian besar transaksi Sekuriti Hutang Swasta yang lazim di pasaran, seperti pembiayaan korporat atau projek (corporate or project financing) dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Client Coverage.

Adakah Danajamin menjamin pinjaman bank?

Tidak. Danajamin hanya menjamin bon atau sukuk seperti yang termaktub di dalam mandat kami.

Adakah Danajamin mengenakan bayaran pengeluaran Jaminan Kewangan yang disediakan?

Ya. Penerbit bon/sukuk perlu membayar fi kepada Danajamin bagi Jaminan Kewangan/Kafalah yang disediakan.

Bagaimanakah Danajamin menentukan bayaran untuk kemudahan jaminan kewangan yang diberikan?

Bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan risiko yang akan diambil oleh Danajamin. Dengan kata lain, jumlah bayaran yang dikenakan bergantung kepada faktor-faktor seperti kedudukan kredit, kuantum & struktur pembiayaan serta sekuriti yang dicagarkan/diberikan. Kesemua factor-faktor ini akan berbeza dari satu kes ke satu kes yang lain.

Adakah penerbit perlu mendapatkan penarafan oleh RAM atau MARC sebelum memohon kepada Danajamin?

Tidak, pemohon tidak perlu mendapatkan penarafan penerbit (issuer rating) sebelum memohon kepada Danajamin.

Walau bagaimanapun, untuk bon/sukuk yang dijamin oleh Danajamin, penarafan penerbitan bon/sukuk (issuance rating) perlu didapatkan sebagai syarat permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Agensi penarafan akan memberi penarafan ‘AAA(fg)’ kepada bon/sukuk tersebut, iaitu penarafan kredit untuk bon/sukuk yang dijamin oleh Danajamin. Permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti boleh dilaksanakan selepas penerbit menerima Surat Tawaran Danajamin.

Untuk maklumat lanjut tentang proses penerbitan, sila lawati halaman Proses Penerbitan.

Berapa lamakah tempoh proses penerbitan sebuah bon/sukuk?

Berbanding dengan peraihan dana melalui pinjaman bank, proses penerbitan bon/sukuk adalah lebih panjang dan jangka masa tersebut berbeza dari satu kes ke satu kes lain. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi jangka masa sebuah penerbitan bon adalah kesulitan & kerumitan transaksi tersebut, bilangan parti yang terlibat serta jumlah kelulusan-kelulusan yang perlu didapatkan dari pihak-pihak berkuasa dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, penerbitan bon/sukuk mempunyai pelbagai manfaat terutamanya kadar pembiayaan dana yang tetap bagi keseluruhan tempoh bon/sukuk tersebut.