Polisi & Prosedur Pemberi Maklumat

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau mengetahui tentang sebarang kelakuan tidak wajar (kesalahan tingkah laku atau jenayah) yang telah dilakukan atau akan dilakukan dalam Danajamin, digalakkan untuk melaporkannya tanpa hukuman dan secepat mungkin. Ini merangkumi kakitangan, pengarah, pelanggan, bakal pelanggan, rakan niaga, kontraktor, vendor, perunding dan pembekal.

Kebimbangan yang dibangkitkan merangkumi salah laku terhadap:

 

  • Laporan kewangan;
  • Penipuan;
  • Korupsi, rasuah atau memeras ugut;
  • Kesalahan jenayah;
  • Kegagalan mematuhi undang-undang atau peraturan yang ditetapkan;
  • Ketidakadilan;
  • Membahayakan keselamatan dan kesihatan individu;
  • Menyalahgunakan kuasa; dan
  • Menyembunyikan atau bersubahat dalam mana-mana perkara di atas.

Kebimbangan boleh dilaporkan secara sulit melalui emel kepada whistleblowing@danajamin.com. Kebimbangan yang dilaporkan harus mempunyai maklumat berikut:

  • Nama individu yang melaporkan Kebimbangan*
  • Maklumat untuk dihubungi (contoh: nombor telefon dan alamat rumah)*
  • Butiran mengenai Kebimbangan yang dilaporkan (seperti sifat kesalahan, pihak yang terlibat, masa, tarikh dan lokasi kejadian)
  • Nama saksi yang berkenaan dengan kejadian (jika ada) dan
  • Bukti sokongan (jika ada).

Nota*: Ini adalah penting kerana penyiasatan mungkin tidak dapat dimulakan atau ia mungkin terhalang jika Danajamin tidak mendapat penjelasan atau maklumat lanjut daripada Pemberi Maklumat.

Danajamin mengambil serius akan perlindungan kepada Pemberi Maklumat dan akan mempertimbangkan pelbagai cara dalam keupayaannya, untuk memberikan perlindungan atau keselamatan kepada Pemberi Maklumat. Pemberi Maklumat juga akan dimaklumkan mengenai status laporan yang dibangkitkan mengikut Polisi & Prosedur Pemberi Maklumat.

Walaupun Danajamin menggalakkan individu untuk melaporkan kebimbangan melalui Polisi & Prosedur Pemberi Maklumat, namun individu juga boleh melaporkan kebimbangan mereka secara terus kepada pengawal selia atau agensi penguatkuasaan undang-undang (contohnya Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Buruh dan lain-lain) di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.