Polisi Tiada Hadiah

Danajamin menghargai hubungan baik dengan semua pemegang taruh dan komited untuk menjalankan urusniaga dengan integriti dan tadbir urus yang baik bagi mengelakkan konflik kepentingan atau pengaruh tidak wajar di samping mengekang gejala rasuah dan penyelewengan atau sebarang persepsi yang berkaitan.

Danajamin mengamalkan Polisi Tiada Hadiah. Selain daripada yang dibenarkan di bawah polisi ini, semua pegawai dan warga kerja Danajamin adalah dilarang sama sekali daripada meminta atau menerima apa-apa bentuk hadiah sekalipun tanpa mengira amaun atau nilainya. Hadiah yang dimaksudkan adalah termasuk wang tunai, apa-apa yang setara nilainya dengan wang tunai (seperti baucar membeli-belah atau baucar makanan, tiket penerbangan, tiket acara), barangan (seperti hadiah perayaan) atau perkhidmatan, potongan harga ke atas barang atau perkhidmatan atau pinjaman kewangan atau pinjaman bahan atau peralatan berdasarkan keutamaan.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kefahaman dan sokongan anda dalam mematuhi Polisi Tiada Hadiah kami.