Apa Yang Danajamin Tawarkan

Untuk meningkatkan akses syarikat Malaysia ke pembiayaan jangka panjang dari pasaran bon korporat, kami memberikan jaminan kewangan untuk penerbitan bon dan sukuk.

Penerbitan bon / sukuk mesti dinyatakan dalam mata wang Ringgit Malaysia dan hasil mesti digunakan terutamanya untuk pelaburan di Malaysia.

Insuran Jaminan
Kewangan

Pasaran Bon / Sukuk

Peningkatan kredit untuk penerbitan bon / Sukuk.

Jaminan
Pelabur

Pasaran Bon / Sukuk

Perlindungan pelabur pilihan untuk penerbitan bon / Sukuk.

Kemudahan Pembiayaan
Jaminan

Pasaran Kemudahan Pembiayaan

Peningkatan kredit untuk kemudahan pembiayaan.

Kelebihan Danajamin

Jaminan kewangan kami bertindak sebagai satu bentuk penambahbaikan kredit, bagi bon/sukuk. Dengan jaminan Danajamin, bon/sukuk akan secara automatik dinaik taraf ke AAA, iaitu penarafan tertinggi yang diberikan kepada bon/sukuk. 

Dengan penarafan yang bertambah baik ini, penerbitan sesuatu bon/sukuk adalah lebih terjamin. Pelabur pula akan mempunyai peluang untuk melabur dalam bon/sukuk yang bertaraf AAA dan yang dijamin oleh Danajamin.

Peluang Pembiayaan

Syarikat dapat memanfaatkan pelbagai peluang pembiayaan sama ada melalui penerbitan bon / Sukuk atau kemudahan pembiayaan dengan Lembaga Pinjaman.

Pengiktirafan Taraf AAA

Penarafan AAA kami diiktiraf oleh RAM / MARC yang membolehkan pelabur melabur dengan yakin dalam bon / penerbitan Sukuk yang dijamin.

Perlindungan Jaminan Lebih Panjang

Liputan jaminan lebih lama> 10 tahun untuk memudahkan ketersediaan modal jangka panjang untuk syarikat / projek yang berdaya maju secara komersial.

Lebih RM10 billion
Program Bon Dan Sukuk Oleh

43 Syarikat

Dijamin Sehingga Kini

Mainkan Video

Pertanyaan Perniagaan

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk jaminan kami, sila isikan borang di bawah:

Mengenai Urusniaga Danajamin

Semua syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang ingin menerbit bon/sukuk boleh memohon kepada Danajamin.

Terbitan bon/sukuk yang layak untuk mendapat jaminan kewangan Danajamin mesti diterbitkan oleh syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan bon/sukuk tersebut perlu diterbit dalam Ringgit Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Client Coverage.

Maklumat serta dokumen-dokumen seperti butiran tentang pengumpulan dana termasuk tujuan, aplikasi & kemampuan pembayaran semula, akaun audit tahunan, profil pemegang saham dan pemilik saham/struktur korporat perlu disertai dalam permohonan. Maklumat/dokumen tersebut akan membantu Danajamin menilai sesuatu permohonan dan memahami dasar urusniaga tersebut dengan lebih terperinci.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Client Coverage.

Ya. Mengikuti Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007, penerbit memerlukan penasihat utama (principal adviser) untuk membantu dalam proses penerbitan bon/sukuk. Penasihat utama akan membuat permohonan kepada pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Suruhanjaya Sekuriti. Lazimnya, penasihat utama ini merupakan institusi kewangan berlesen yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Secara umumnya, Danajamin boleh menjamin sebahagian besar transaksi Sekuriti Hutang Swasta yang lazim di pasaran, seperti pembiayaan korporat atau projek (corporate or project financing) dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Client Coverage.

Tidak. Danajamin hanya menjamin bon atau sukuk seperti yang termaktub di dalam mandat kami.

Ya. Penerbit bon/sukuk perlu membayar fi kepada Danajamin bagi Jaminan Kewangan/Kafalah yang disediakan.

Bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan risiko yang akan diambil oleh Danajamin. Dengan kata lain, jumlah bayaran yang dikenakan bergantung kepada faktor-faktor seperti kedudukan kredit, kuantum & struktur pembiayaan serta sekuriti yang dicagarkan/diberikan. Kesemua factor-faktor ini akan berbeza dari satu kes ke satu kes yang lain.

Tidak, pemohon tidak perlu mendapatkan penarafan penerbit (issuer rating) sebelum memohon kepada Danajamin.

Walau bagaimanapun, untuk bon/sukuk yang dijamin oleh Danajamin, penarafan penerbitan bon/sukuk (issuance rating) perlu didapatkan sebagai syarat permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Agensi penarafan akan memberi penarafan ‘AAA(fg)’ kepada bon/sukuk tersebut, iaitu penarafan kredit untuk bon/sukuk yang dijamin oleh Danajamin. Permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti boleh dilaksanakan selepas penerbit menerima Surat Tawaran Danajamin.

Untuk maklumat lanjut tentang proses penerbitan, sila lawati halaman Proses Penerbitan.

Berbanding dengan peraihan dana melalui pinjaman bank, proses penerbitan bon/sukuk adalah lebih panjang dan jangka masa tersebut berbeza dari satu kes ke satu kes lain. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi jangka masa sebuah penerbitan bon adalah kesulitan & kerumitan transaksi tersebut, bilangan parti yang terlibat serta jumlah kelulusan-kelulusan yang perlu didapatkan dari pihak-pihak berkuasa dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, penerbitan bon/sukuk mempunyai pelbagai manfaat terutamanya kadar pembiayaan dana yang tetap bagi keseluruhan tempoh bon/sukuk tersebut.