Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin (DPGS)

DIKEMASKINI SEHINGGA 11 FEB 2021

Kepada Para Pelanggan Dan Rakan Niaga Yang Dihargai,

Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme (“DPGS”) was first introduced by YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Prime Minister of Malaysia as part of the Economic Stimulus Package (“PRIHATIN”) following the unprecedented outbreak of COVID-19.

DPGS was launched to ensure that the Malaysian economy continues to thrive amidst the pandemic. The Government announced this guarantee scheme worth RM50 billion which covers up to 80% of the loan amount for financing working capital requirements.

  • Availability period to apply for the DPGS is extended to 31 December 2021.
  • Minimum financing amount is reduced from RM20 million to RM5 million.
  • Maximum financing amount is increased from RM500 million to RM1 billion.
  • Scope of financing is expanded to cover capital expenditure with a guarantee period of up to 10 years.
  • Collateral/security to be provided for financing application above RM50 million.
  • Companies with less than 50%+1 Malaysian shareholding operating in Malaysia are now eligible to apply provided that Malaysian employees account for at least 75 percent of their workforce.
  • RM3.0 billion has been allocated for corporate companies involved in highly skilled industries such as Oil & Gas and Aerospace.

Skop pembiayaan meliputi modal kerja serta perbelanjaan modal (capex).*

Jumlah minima pembiayaan sebanyak RM5 juta.

Jumlah maksimum jaminan sebanyak 800 juta atau 80% dari kemudahan pembiayaan. Jumlah maksimum jaminan sebanyak 800 juta juga digunapakai ke atas pendedahan aggregat (aggregate exposure) ke atas kumpulan syarikat.

Tenure :
Modal kerja : 5 tahun
Perbelanjaan modal : 10 tahun.

Sehingga RM3.0 billion diperuntukkan bagi syarikat yang terlibat di dalam industry berkemahiran tinggi seperti minyak & gas serta aeroangkasa.

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Kelulusan permohonan pembiayaan bergantung kepada penilaian Institusi Kewangan yang Layak dan kelulusan akhir permohonan DPGS akan ditentukan oleh Danajamin.

Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin (DPGS)
Aliran proses

Syarikat yang Layak (EC)

Skim jaminan ini bertujuan untuk menyokong perniagaan tempatan bersaiz sederhana hingga besar dengan menyediakan jalan untuk pemulihan bagi mendepani kesan ekonomi COVID-19. Syarikat dan perniagaan yang layak untuk DPGS, harus memenuhi kriteria yang disenaraikan di bawah sebelum membuat permohonan:

Pengecualian:

  • Syarikat di bawah Kementerian Kewangan (Diperbadankan)
  • Syarikat yang berupaya untuk mendapatkan dana atau bantuan kewangan dari kumpulan syarikat atau dari program rangsangan yang lain

Semua EC boleh membuat permohonan pembiayaan melalui mana-mana EFI yang diingini.

* Syarikat induk (holding / parent company) juga dikehendaki untuk memberikan jaminan ke atas pembiayaan syarikat mereka di Malaysia.

Institusi Kewangan yang Layak (EFI)

Sebagai permulaan, berikut disertakan senarai bank (Islamik dan konvensional, dimana berkaitan) yang menawarkan SJPD.

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila ada pertambahan Institusi Kewangan yang menyertai Skim ini.

Pertanyaan

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin, sila isikan borang di bawah:

Bagaimana untuk memohon

Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin?

Apa yang perlu dilakukan

selepas permohonan
anda diluluskan?

Kami memahami bahawa kesinambungan adalah sangat penting dalam setiap fasa perniagaan dan kami sedia untuk membantu anda melalui waktu yang sukar ini. Sekiranya anda merasakan bahawa anda tidak layak untuk memohon Skim ini, anda boleh meneroka laman web ini dengan lebih lanjut.

Soalan lazim

Sehingga 80% Jaminan Daripada Jumlah Pembiayaan Bagi Tujuan Membantu Syarikat Yang Terkesan Dengan COVID-19

Tidak, Danajamin tidak menyediakan sebarang bentuk pembiayaan. Syarikat dinasihatkan untuk berhubung terus dengan EFI bagi sebarang urusan untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan.

Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme bertujuan untuk menyediakan keperluan modal kerja secara segera dan khusus kepada syarikat yang menghadapi kesukaran akibat wabak COVID-19 bagi menyokong operasi perniagaan dan memelihara pekerjaan. Syarikat yang mendapati perniagaan mereka terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga layak untuk memohon DPGS memandangkan PKP telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membendung wabak COVID-19. Bagi syarikat yang tidak terkesan tetapi memerlukan pembiayaan dan jaminan kewangan, mereka masih boleh membuat permohonan di bawah produk jaminan Danajamin yang sedia ada, tertakluk kepada penilaian dan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Danajamin.

Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme bertujuan untuk menyediakan keperluan modal kerja secara segera dan khusus kepada syarikat bersaiz sederhana dan besar yang menghadapi kesukaran akibat wabak COVID-19 bagi menyokong operasi perniagaan dan memelihara pekerjaan. Syarikat yang memerlukan pembiayaan kurang daripada RM5 juta boleh merujuk kepada Kemudahan Bantuan Khas (SRF) dibawah Bank Negara Malaysia, Credit Guarantee Corporation and Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan.

Proses permohonan Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme terbahagi kepada 2 peringkat:

  1. Pertama, EFI akan menentukan samada syarikat layak untuk memohon pembiayaan serta terdapat keperluan untuk mendapatkan jaminan kewangan.
  2. Kedua, Danajamin akan membuat penilaian ke atas permohonan Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme bagi menentukan samada Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme boleh digunakan untuk menyokong keperluan pembiayaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk carta aliran Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme (DPGS) di atas.

Tidak. Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme​ adalah terbuka kepada semua pelanggan baru dan sedia ada EFI.

Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme​ boleh digunapakai untuk kemudahan jangka panjang bagi tujuan keperluan modal kerja serta kemudahan perdagangan jangka pendek seperti surat kredit (LC), Penerimaan Jurubank (BA) dan Resit Amanah (TR) sahaja. Setiap kemudahan pembiayaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing. Sila rujuk EFI untuk maklumat lanjut.

Ya, Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme​ boleh digunapakai untuk memohon kemudahan pembiayaan modal kerja atau kemudahan perdagangan jangka pendek.

Pembiayaan akan disalurkan oleh EFI kepada pelanggan sebaik sahaja mendapat surat kelulusan Danajamin yang mungkin merangkumi terma dan syarat tambahan yang ditetapkan.