Bagaimana untuk memohon

Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin?

  1. Syarikat Yang Layak perlu berhubung dengan EFI pilihan bagi mendapatkan kemudahan Pembiayaan.
  2. Sekiranya EFI meluluskan untuk melanjutkan permohonan anda, EFI akan menyerahkan cadangan permohonan SJPD kepada SJPP dan Danajamin.
  3. EFI kemudian perlu menghantar permohonan SJPD berserta dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang tertera di dalam ‘Master Agreement’ SJPD ke alamat email di bawah:
  4. Apabila menyerahkan permohonan SJPD kepada SJPP dan Danajamin, EFI perlu memastikan permohonan yang lengkap di hantar bagi setiap syarikat yang layak, yang meliputi:
Document
  1. Guarantee Notification Request yang lengkap diisi di atas Kepala Surat Institusi Kewangan dan di tandatangani oleh Pegawai Bank Yang Ditetapkan.
  1. Kertas penilaian pembiayaan yang berkaitan seperti yang diluluskan oleh pihak Bank.
  1. Terma dan syarat utama kelulusan Kemudahan Pembiayaan yang dikenakan oleh pihak Bank kepada pelanggan.
  1. Senarai semak permohonan yang lengkap, meliputi:
    • Borang Senarai Semak* yang ditandatangani (sila klik sini untuk melihat senari semak)
    • Kertas Cadangan Kredit EFI yang lengkap
    • Komen Risiko Kredit EFI
    • Terma kelulusan EFI
    • Terma dan syarat kelulusan EFI yang dikenakan kepada syarikat yang layak.

    Nota Penting: Senarai di atas bukanlah senarai lengkap dan Danajamin berhak untuk meminta maklumat dan dokumen tambahan. Penilaian permohonan tidak akan bermula selagi Danajamin tidak mendapat maklumat yang lengkap.
  1. Letter of Consent to Disclosure of Information* – Dokumen ini perlu ditandatangani di atas Kepala Surat Syarikat Yang Layak (EFI perlu mendapatkan tandatangan syarikat yang layak bagi dokumen ini sebelum menghantar permohonan SJPD).
  1. Senarai lengkap Pegawai Bank Yang Ditetapkan* (maksimum 5 orang) yang dibenarkan untuk menandatangani semua dokumen dari EFI.

Nota (*) Merujuk kepada dokumen di dalam Master Agreement.

Apakah

Skim Jaminan
PRIHATIN Danajamin

Apa yang perlu dilakukan

selepas permohonan
anda diluluskan